Hai..im back..hehe.
Hari ni aku nak citer pasal DENGKI. Inilah satu sifat manusia yang memang sukar nak dikawal kalau dah meresap dalam diri. Kalau dengki kat sipulan tu sbb dia dapat SPM 20A1 pastu berazam nak beat record dia tu takpelah jugak..tapi ni dengki pada kejayaan orang dan berusaha menggagalkan kawan tu..memang tak patut laa kan.
Ceritanya macam ni..selama ni aku antara orang yang tak percaya pada bomoh2 dan tak pernah mintak tolong pada bomoh2 sekiranya mengalami kesukaran. Pada aku tempat kita meminta hanyalah pada Tuhan yang berhak memberikan senang dan susah pada kita. Dan memang itulah yang aku praktis.
Tapi baru2 ni ada orang sudah dengki sama Bugis Street..
Mula2nya ketiga2 cook sakit bengkak2 tangan..lepas tu sorang kena cirit2, yang sorang tak boleh bangun dan sorang lagi kena air panas sampai melecur..masa tu we all tak suspect apa sbb ingatkan kebetulan.tapi bila nasi yang baru dimasak habis basi, mi kuning yang baru sampai pun basi dan meat ball bila defrost terus basi..memang peliklah. So kami buat pendekatan baca yaasin beramai2 tapi keadaan masih belum berubah dan akhirnya atas cadangan shareholder yang lain, kita semua setuju memanggil seorang ustaz untuk tengok2kan apa yang jadi.
First thing ustaz tu suruh check kat bawah meja cashier. dia kata ada orang dah calitkan 'sesuatu' kat sana. Bila check mmg ada calitan kapur kat situ.
Dan dapur kami menjadi sasaran utama..
Entahlah...bumi Allah ini luas untuk kita mencari rezeki, harapan aku agar mereka2 ini bertaubat dari melakukan perkara syirik seperti ini. Semoga Allah memberi jalan untuk kami supaya masalah ini dapat diselesaikan. Bagi aku selain meminta pertolonganNya tiada apalagi daya kami. Kalau memang rezeki kami disitu, perkenankanlah..kalau tidak, gantikanlah dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sama2 lah kita renungkan..wallahualam.
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago
