Sunday, October 4, 2009

On Azfar's Arrival

I know its been a while since i dissappeared..and i know i have not kept my promise to continue writing on my umrah trip..so sorry..its just i dont feel like writing anything here during my pregnancy..perhaps its a hormon thingy...maaf kan den yo..

Well..alhamdulillah my baby Azfar is safely arrived in my arms on 17th Sept 2009 at 9.58am. Tuhan aje yg tahu how grateful i am to have this precious little bundle in my arms and when i look down i know hes going to change mylife forever.

So i am going to share my experience on his delivery (well if this can be considered as PENGALAMAN BERSALIN as i had a caeserian)
That thursday morning i woke early and felt so tired. Without sensing any unusual i rushed to get myself ready for check up appt at KJMC. Sampai kat sana around 9am i went straight to level 1 where klinik dr fatima is located and was asked by the nurse to go to level 3 for CTG. Sampai aje kat situ the staff nurse placed some kind of belt wrapping around my belly and the purpose of this thing is to track the fetal heartbeat..I was thrill as i want to know if my baby is doing well.
As i looking at the midwife's face i sensed that was something is going very wrong..frown on her face makes me uneasy but i tried to stay calm kot2 mmg dia ni jenis yang suka mengerut2 kan...hahahaha....and then she went off to ntah mana tah..and approximately 20min after that she came back and examine the heartbeat reading still with her frowning face..and she said
"U sakit ke sekarang"
"Sakit sikit2 la" i said
"U ada contraction la..strong la..malam tadi ada sakit tak"
"ada..tp tak regular.., kenapa ye?"
"Fetal hbeat not good la..kalau macam ni tak bagus la" kata midwife dlm pelat2 cina dan dengan segera dia pun menelefon my gynae with a loudspeaker on
"Helo doc..u dengar fetal hbeat ahh...not good laa..."
"ok, im coming now..get ready for Caeser"dr fatima plak cakap camtu
Aku yg masih terpinga2 tried to pull myself together and digest all the information i heard and instantly realised i definitely will have a caeserian.
Tapi part yang tak boleh aku lupa is where all the nurses kecoh2 nak siapkan aku secepat mungkin untuk pergi OT so basically diorang kenalah bogelkan aku..tp bila dah siap sesi bogel membogel..aku br perasan aku masih pakai tudung..so dengan wajah yang agak2 bodoh aku tanya..
"Tudung nak bukak ke?"
apalah kebodohannyaaaa.....
Bila diorang nak bawak aku ker OT baru aku teringat nak bgtau en. suami yg ada menunggu di bawah..aku pun call le en. suami.
"bang, i kena caeser nie..abang naik skrg kat level 3. Diorang nk buat skrg"
"ok, i dah ader sini, bilik mana i nak pergi ni?"tanya en. suami
"try tanya nurse"aku pun tak tahu nakjwb sebenarnya..

Sesampainya kat OT, dr bius pun datang nak bagi anesthatic yg tak sampai 5 seconds buat kaki aku berat dan langsung tak rasa. Aku pada masa itu pun bacalah segala ayat2 yg aku tau tapi alhamdulillah sepanjang proses tu aku tenang dan redha ajelah asalkan baby selamat.
Mula2nya aku pandang ke kiri tapi bila dr suruh aku pandang kanan mengadap suami baru aku perasan mamat kat tepi aku tu en. suami hehe..dia dah pki lain attire dengan surgery mask aku dh tak kenal plak. Dalam hati..hensem jugak laki aku pki camni..nasib baik tak jadik surgeon..kalau tak mesti patient ramai ngorat..boleh terfikir camtu????

Lebih kurang 20 min dr dan kuncu2nya menggodam perut aku yg dulunya seksi, dr tanya en. suami..
"nak tgk baby keluar? tak pengsan kan?"
"Boleh..InsyaAllah tak pengsan" jwb en. suami konfiden
Terasa seakan perutku di buat roti canai dan after few seconds...
"Assalamualaikum" my dr said
dan terus kedengaran bunyi tangisan yg paling sweet di muka bumi ini and husband went to me with his thumbs up...everything ok laa maknanya tu..

Lepas 5 min untuk pertama kali aku bertemu dengan anakku Muhammad Amir Azfar yg sangat2 comel kurasakan (sapa lagi nak puji kalau tak mak sendiri)
First thing dalam kepala aku..'eh, lebatnya rambut dia'

En. suami pun pergi mendapatkan baby untuk diazankan sebelum proses jahit menjahit.
Setelah semua selesai aku pun di bawa ke wad 328(smpi mati ingat wad ni)yg best sbb ada LCD TV yg besorrr.

So itulah serba sedikit pengalaman melahirkan Azfar yg sebenarnya mudah sangat..walaupun orang banyak yg takut caeser..sebenarnya apa yg perlu cuma redha dan berfikiran positif..all will be just FINE..

For my baby...my precious little bundle..if one day u read this..mama wants u to know that u are everything in mylife..i love u with all my heart and soul..my baby..

Monday, June 22, 2009

Umrah part 1

Salam all,
As what i said in the previous entry, i baru aje balik dari mengerjakan ibadah umrah. Actually this is my 2nd time going there, the 1st time was last year in April. Tapi this time special sikit sbb all my SIS and BIL together with their spouses and kids were joining us...meriah sangat!!So it was 28 person altogether and hubby dilantik menjadi tour leader. Tahniah to abang kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik..juga tahniah kepada assistantnya..(i laa tu)

I akan citer detail ttg program umrah yang hubby anjurkan ni...rasa bangga sangat dengan hubby kerana membuat satu pendekatan yang sangat effektif dengan menganjurkan trip ni..semoga Allah menerima semua amalan baiknya..amin..

Ok, program ni dimulakan dengan kelas umrah yang dijalankan oleh hubby sendiri di rumah kami. Kagum tengok hubby yang rajin sangat menelaah buku2 umrah dan segala macam kitab2 untuk dibuat rujukan. Dan yang paling penting i juga mendapat ilmu2 baru sepanjang proses persediaan itu kerana hubby selalu berdiskusi dengan i.
Dua sesi pembelajaran telah di adakan di rumah kami dan alhamdulillah, semua berpuas hati dengan kursus umrah yang dijalankan dan semua pun kata kelas ini lebih effektif dari kursus umrah yang travel agent anjurkan kerana penerangan hubby yang amat2 terperinci dan amat memudahkan bagi first timer (kecuali hubby and i, semua first timer)

So perjalanan kami bermula pada 1 june 2009. Tak seperti pertama kali ke sana, kali ini kami akan ke Jordan dahulu selama satu hari dan harus pula transit di Bangkok...penat memang penat..ditambah lagi sedang berbadan dua kan...5 jam di Bangkok memang menyeksakan..nak makan was-was tahap kehalalan taibaannya. So makanlah sandwich yg memang dah prepare dari rumah. Dengan sejuk aircond..badan dah mula rasa seram sejuk nak demam.

Kami menaiki Royal Jordan untuk ke Amman, Jordan. Flightnya not bad..mungkin better dari MAS. Flight meal pulak, biasalah kan..tak boleh complaint lah..mana nak dapat yang sedap sangat pun, tapi bolehlah...
I dah banyak kali travel long distant macam ni tapi inilah kali pertama i muntah dalam flight. Tak tahulah apa problemnya..bangun2 dari tidur terus rasa semacam, nasib baik sempat capai paper bag..kalau tak tentu haru hubby mandi muntah..tapi alhamdulillah lepas aje muntah, terus lega dan dapat tidur lena sehinggalah ke Amman...memang amannnnn..hehe
Sesampainya di Amman we all dibawa ke Queen Alia Hotel yang berdekatan aje dengan Queen Alia airport. Sampai2 aje terus lunch dan berehat di bilik. Cuaca kat Amman memang panas..tapi Jordan ni menarik juga tempatnya..yalah, kalau tak dapat peluang macam ni entah bilalah nak merasa ke Jordan ye tak? ada ker orang pergi cuti2 kat Jordan??..so that day we all buat tour visit sekitar Amman.
So dapatlah we all melawat Ashabul Kahfi tempat dimana 7 pemuda yang beriman kepada Allah tertidur selama lebih 300 tahun di dalam gua. Juga makan nabi Shuaib..tapi yang paling seronok bila kami semua berkesempatan ke Dead Sea atau Laut Mati..
memang masin sangat2 dan tak akan tenggelam kalau berendam kat situ. Kalau nak diceritakan memang sampai esok pun tak habis..kesimpulannya Jordan tak mengecewakan...
Yang paling i tak boleh lupa bila we all dibawa betul2 ke sempadan palestin..rasa sayu sangat kerana dah dekat sangat..but yet still far away..semoga Allah melindungi saudara2 kita di sana.

Malam itu dalam pukul 8pm we all menuju ke Jeddah, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Airport jeddah dah baru..beza sangat masa i pergi last year..perjalanan masih jauh..sampai aje jeddah kena pulak naik bas selama 7 jam ke madinah..so tiring..

Ok..citer nyer lom abis lagi..to be continued..

Sunday, June 21, 2009

Lamanya tak update

Assalamualaikum....
Memang...memang dah lama sangat tak update blog..maaflah tapi memang tak banyak yang nak diceritakan dan mood pun tak ada. There are some frens yang dah bising2 knp tak update..so hari ni sempena hari bapa ni i pun melapangkan diri..

First thing, i would like to wish hubby "happy fathers day"..sian hubby, pagi2 lagi dah sakit belakang..tak taulah mungkin salah urat kot..get well soon ok!
Tapi pagi2 lagi we all anak beranak dah pergi kubur late wife hubby and after that ke kg baru pekena nasik lemak. Hubby plak baru kejap tadi pergi uptown damansara nak urut dengan orang buta kat situ...selalunya i temankan (sambil urut sekali) tapi tengah sarat2 ni tak bolehlah nampaknya..

I dah near 7 months ni..baby dah aktif sangat..seronok bila dia menendang2 tu...(tapi kalau kuat sangat rasa uncomfortable gak). Alhamdulillah i berkesempatan bawak baby ke umrah 1 jun lepas..and baby pun baik aje kat sana, macam tau2 je mama dia nak buat ibadah..sayang baby....
Sehari selepas balik umrah terus buat check up, and jeng..jeng..jeng..nampaklah dengan jelasnya 'bird' baby..nampaknya bertambahlah jejaka kat dalam rumah ni nnt..alhamdulillah i sebenarnya tak kisah boy or girl yang penting baby sihat. Tapi yang suka sangat dapat baby boy Asyraflah..dia mmg nak adik lelaki..

Barang2 baby belum sempat nak beli lagi..cadangnya nak beli lepas Alia ke UK, at the meantime settlekan dulu hal Alia nak ke sana lepas tu baru senang nak shopping barang baby..tapi baby cot peninggalan turun temurun dari zaman Aizat dah bawak keluar dari stor..tinggal nak cat bagi nampak baru..sayang nak beli baru sbb benda tu elok lagi..mungkin dulu beli good quality so dah 23 thn pun masih elok..

I dah shortlist nama untuk my baby tapi papa dia yang akan buat decision..seronok rasa nak timang anak sendiri..makin besar perut ni makin dalam rasa kasih kat baby..inilah rahmat yang Allah bagi kat kita..susah nak digambarkan tapi memang rasa kasih ibu tu suci sangat..

Entri ni cuma pengenalan aje lepas dah lama tak post any entries..ada banyak lagi yang nak i cerita..so tunggu........ciao

Wednesday, April 15, 2009

Hi all...
lama tak update dan lama juga tak online.
Memang sibuk sangat sekarang ni..sibuk dengan Bugis Street dan Adda Prima, sibuk juga dengan persiapan nak ke tanah suci insyaAllah 1 jun ini sampai hampir terlupa ada trip dengan kengkawan ke spore 1 may ni..padahal aku jugak yang organise..maaf lah ye...
Pada sesapa yang sms bertanyakan keadaan aku, terima kasihlah banyak2..ambik berat jugak korang yer..i really appreciate it. juga pada sesapa yang dah pergi try dekat Bugis Street terima kasih atas sokongan anda..komen2 anda juga amat dihargai..pada yang belum tu..jemputlah datang....
Alhamdulillah, kesihatan sepanjang mengandung ni baik2 saja..babyku sudah mula menari2 dalam perut tapi belum tahu sexnya lagi..jumaat ni next check up so kalau lucky maybe boleh nampak..tapi for me, it does not really matter as long as the baby is safe and healthy.
Morning sickness is almost gone..tapi kadang2 pandai jugak angin pus pus tu datang..cuma yang tak syoknya lately ni aku memang takder mood (err...paham2 aje la ye takder mood apa..)so thx to hubby for your understanding.
Berat badan pulak baru naik 1kg. Maybe sbb selera makan normal aje..belum lagi nak makan macam2. Tapi ni baru 4 bln lebih..tak taulah nanti2 kan...
Until this moment aku tak lagi nak mengidam apa2 kecuali sambal tumis petai mak aku..tapi ahad ni baru nak balik bt pahat..so sabar jelah..
Mak pun nak datang sini next week..bestnya..dah lama tak jumpa mak..rindu sangat!!
Sebenarnya seronok juga mengandung ni..walaupun cabarannya tu mmg boleh tahan lah..tapi bila fikirkan nak jadi ibu, terus berseri2..apatah lagi yang dah bergelar ibu kan..untuk semua ibu2 di seluruh dunia...HAPPY MOTHER'S DAY!!!!
Oh yer..tabiat aku yang tak suka solek, melaram, shopping tu masih maintain lagi..ntahlah..kelakar plak bila pikirkan..opposite sangat2
Sebelum aku lupa..nak pesan kat geng2 yang pegi spore nti kalau pakai perfum jangan kuat2 yer...i elergy laaaa...hehe
Oklah, banyak benda nak cerita tapi banyak jugak keje nak kena buat ni..so ciao dulu.

Thursday, March 5, 2009

excuses

I know i have not updating my blog for a quite sometime..reasons being:
1. Ive been busy with Bugis a/c...i hate going to office..i wanna sleep!!
2. I sleep 3 quarter of my day..cant help it!
3. Nothing interesting going on for me to share with uols.
4. em...see..i cant even making up for any other excuses..camner nak blogging!

Wednesday, February 25, 2009

Dengki

Hai..im back..hehe.
Hari ni aku nak citer pasal DENGKI. Inilah satu sifat manusia yang memang sukar nak dikawal kalau dah meresap dalam diri. Kalau dengki kat sipulan tu sbb dia dapat SPM 20A1 pastu berazam nak beat record dia tu takpelah jugak..tapi ni dengki pada kejayaan orang dan berusaha menggagalkan kawan tu..memang tak patut laa kan.

Ceritanya macam ni..selama ni aku antara orang yang tak percaya pada bomoh2 dan tak pernah mintak tolong pada bomoh2 sekiranya mengalami kesukaran. Pada aku tempat kita meminta hanyalah pada Tuhan yang berhak memberikan senang dan susah pada kita. Dan memang itulah yang aku praktis.
Tapi baru2 ni ada orang sudah dengki sama Bugis Street..
Mula2nya ketiga2 cook sakit bengkak2 tangan..lepas tu sorang kena cirit2, yang sorang tak boleh bangun dan sorang lagi kena air panas sampai melecur..masa tu we all tak suspect apa sbb ingatkan kebetulan.tapi bila nasi yang baru dimasak habis basi, mi kuning yang baru sampai pun basi dan meat ball bila defrost terus basi..memang peliklah. So kami buat pendekatan baca yaasin beramai2 tapi keadaan masih belum berubah dan akhirnya atas cadangan shareholder yang lain, kita semua setuju memanggil seorang ustaz untuk tengok2kan apa yang jadi.
First thing ustaz tu suruh check kat bawah meja cashier. dia kata ada orang dah calitkan 'sesuatu' kat sana. Bila check mmg ada calitan kapur kat situ.
Dan dapur kami menjadi sasaran utama..

Entahlah...bumi Allah ini luas untuk kita mencari rezeki, harapan aku agar mereka2 ini bertaubat dari melakukan perkara syirik seperti ini. Semoga Allah memberi jalan untuk kami supaya masalah ini dapat diselesaikan. Bagi aku selain meminta pertolonganNya tiada apalagi daya kami. Kalau memang rezeki kami disitu, perkenankanlah..kalau tidak, gantikanlah dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sama2 lah kita renungkan..wallahualam.

Thursday, February 19, 2009

pengorbanan mak

Inilah detik2 permulaan pengorbanan seorang ibu..ini baru sikit banyak lagi akan menyusul..
Dari semalam pening kepala ni tak hilang2..pening sangat.
Rasa nak pitam..memang lesu lah badan ni dibuatnya.
Kesian sang hubby balik dari Lanchang penat2 kena pula urut aku yang dah tak berdaya ni.
Cuaca kat luar pulak panasnya..kalau keluar ni sure pitam..
Nak buat macamana..sabar ajelah..dulu zaman mak kita lagi terukkan..dah lah mengandung, kena basuh baju (manual tu), kemas rumah, masak, etc....
sekurang2nya aku tak payah nak buat semua benda tu..
Tapi kan best kalau mak ada..mak jauhlah, nak call mak lah..

Tuesday, February 17, 2009

Heartbeat

Hari ni pi KJMC ada appt dgn gynae. The last visit baby punya heartbeat tak clear lagi thats why i need to see her today. I berdebar jugak..so i doa aje baby ni sihat dalam perut i. Bila scan, doktor kata.."ahh..dah besar dah.." terus lega i tau. First time dengar heartbeat dia, rasa macam nak menangis sambil ketawa pun ada..happy sangat..tak tahu macamana nak gambarkan perasaan ni..gembira, terharu, syukur sangat...its so amazing to know something precious is growing inside me. Kalau ikut scan, my baby baru 8 weeks 3 days..so i due lewat sikit dalam 27 sept. My blood pressure rendah sikit tapi according to her its normal in early pregnancy. So kena elak berdiri lama2, kalau nak bangun berdiri kena slow sikit..
Petang tadi i n hubby pi Planters Haven tengok tanah and jumpa contractor. So hopefully after raya rumah boleh siap. Hubby kata nak beraya sana kalau boleh and sambut orang baru kat sana..tapi i prefer bersalin kat Kelana Jaya aje since kat Nilai hospital pun jauh. Lagipun i malas nak tukar2 doktor. Biarlah baby keluar dulu baru pindah rumah. balik aje dari Nilai i dah terasa pening2 (sampai skrg masih pening sebenarnya). Maybe tadi panas sangat kat sana. Bila solat nak rukuk tu rasa macam nak pitam..maybe sbb low blood pressure..so ni i atas katil sambil update blog..hehe.minum air banyak2..takut dapat demam macam last week. Esok hubby nak gi Lanchang tengok ladang..maybe tido sana..uhuk..uhuk..selalu tak kisah pun tapi sejak dah mengandung ni nak melekat aje..tapi seronok kan manja2 dengan suami..
Oh ya, untuk nurain n idawaty yang nak nikah tahun ni..jangan la lambat2 buat baby k..manalah tau boleh berbesan..hahah..berangan aje kann..

Sunday, February 15, 2009

Mulut orang

Ini entri meluah perasaan...
Bila sebut soal rezeki, ianya kan pemberian tuhan..kalau berusaha macamana pun tapi kalau tuhan tak perkenan, tak dapatlah jugak..kenalah usaha lebih lagi dan bukan dengki pada rezeki orang lain...
Aku bukanlah sedih, tapi bengang dengan sesetengah spesis manusia yang cepat sangat mengadili orang lain tanpa usul periksa..bila kita dapat rezeki lebih mulalah reka cerita yang bukan2..ish tak paham tul aku orang macam ni..
Benda ni start bila aku dah berehem..ehem dengan en suami. Dia tu dulu bos aku. So kalau ko bercinta dengan bos walaupun single sama single orang tetap mengata jugak. Padahal aku tak pernah pun keluar berdua waima sekali pun semasa dia bergelar bos aku. Tapi cerita yang tersebar..fuh..dah macam gosip hollywood dah. Yang sindir2 lah..tapi yang aku takleh lupa ada satu kakak ni yang kepohnya boleh tahan sambil pegang majalah yang covernya Siti Nurhaliza & Dato' K tersenyum2 sambil berkata:

Kak Kepoh: Kenapalah perempuan sekarang ni nak jugak kahwin dengan duda..carilah orag bujang yang sebaya...betul tak Nora??(tanya sambil tersenyum sumbing kat aku)
Aku: No Komen

Kak Kepoh: Dah memang takder lelaki sebaya nak buat laki ker? tak geli ke nak kahwin dengan lelaki pangkat bapak...betul tak Nora??(senyum sumbing lagi)
Aku: Takder kot...

Nasib baiklah lif kat ofis tu laju jer sampai level ofis aku..kalau tinggi 88 tingkat mcm KLCC tu jenuh aku nak jawab soalan cepu emas akak tu.

Aku kahwin dengan lelaki yang tuanya 22 tahun daripada aku..iya..masa aku kenal dia, dia tu CEO so memang ramailah yang tuduh aku ni gila harta sebab tu lah nak kahwin dengan dia..
ok..aku tak pernah target pun siapa yang layak jadi bakal suami..tapi aku memang berdoa hari2 untuk dapat suami yang baik serba serbi dan boleh bimbing aku serta ada security..aku rasa sesiapa pun mesti nak macam tu..bukanlah kaya tapi sekurang2nya taklah cukup2 makan.
Aku berkahwin dengan duda kematian isteri, bukan suami orang atau kekasih orang...aku tak rampas sesiapa dari sesiapa. Suami aku memang umur dah lebih tapi dia awet muda...aku tak rasa pun dia tu 22 tahun beza sama aku..dan dia langsung takder rupa bapak pada aku..dia hensem..lebih hensem dari boyfriend2 aku yang dulu2.
Sampai ada sorang kawan aku yang dulunya tak setuju bila aku nak kahwin dengan dia atas faktor umur, tarik balik statement bila jumpa suami aku..
"beb, baik ko cepat2 kawin dengan dia, kalau ko taknak, aku nak.."haha...aku takleh lupa member aku yang sorang ni..
Tipikal orang kita bila kahwin dengan orang yang berumur sikit mesti ingat kita gila harta...dah rezeki aku dapat suami yang senang sikit..bukannya tahap kaya pun..gaji CEO kat malaysia ni belum boleh jadi kaya lagi setahu aku..separuh aje dah bayar kat IRB..baru2 ni aje kami mula berniaga dan merasa mewah sikit..baru2 ini aje tau..selepas 2 tahun lebih aku kahwin dengan dia. Bila sekarang aku pakai bag LV, ada pulak yang gatal mulut kata aku dah cukur hubby aku tu..
Excuse me...aku bulan2 dapat gaji..kena buat kerja..pi opis..bukannya dok umah goyang2 kaki lepas tu laki aku campak duit..semuanya baru2 ini aje..atas usaha keras kami..
So, jangan ikut sedap mulut makcik2..akak2..nak bercakap.
Udah2 lah bergossip pasal aku sebab kalau aku senang pun, korang takder share pun dan kalau aku susah, korang bukan nak tolong pun..tolong gelak yelah kot.
Itulah sebabnya aku ni memiih sangat dengan siapa aku nakberkawan..sebab banyak yang tak ikhlas dari yang ikhlas. Tu jugalah sebab aku pilih mak untuk meluahkan segala perasaan dan masalah juga berkongsi suka dan duka...i love u mak!!!
Orang2 macam ni selalunya depan kita baik sangat so berhati2lah dengan spesis yang macam ni..biarlah orang kata kita sombong tapi kita tak suka menyibuk hal peribadi orang..kalau betul lainlah jugak..ini spekulasi aje lebih..
oklah geram aku pun dah reda sikit ni..so nak stop sini.ciao

Friday, February 13, 2009

Mi sup utara

Saya sangat gumbire ni...dapat makan mi sup utara yang diidam2kan.
sedap dan puas ati..sanggup saya berpanas beratur kat masjid dekat2 dgn subang airport tu sbb last week tak dpt nak beli.
Saya dah bungkus sekali untuk dinner nanti..tak payahlah saya pening nak pk apa nak makan malam kang..
Oh ya..hubby saya pun morning sickness jugak..hehe...menjangkit batuk2..pastu mengadu sakit dia tu teruk..kalaulah orang lelaki ni boleh rasa macamana morning sickness tu kan bagus..baru batuk aje dah complaint..patutlah tuhan tu bagi perempuan aje yang mengandung..kalau lelaki boleh mengandung jugak..maybe hari2 mc kot.hehe.

Thursday, February 12, 2009

Morning sickness/handbags/accountant

Sorry for those who asking me to update citer bugis street...not until i have all the pics..baru meriah kan..
ok, preggy girl always talking about pregs things..so i nak citer ni..ni dah masuk 8 weeks..it suppose to be 'hormonal war' inside me..that means muntah, pening, loya, etc...tapi i pulak yang paling teruk was in my 6 weeks of pregnancy aritu..demam+muntah+Selsema+batuk melampau.....sekarang ni..muntah tu adalah but 3 hari sekali..loya biasalah kan..so i pun mula2nya agak risau...takut2 something happen..kenapa dah tak mabuk sangat ni??bukan sepatutnya tgh mabuk teruk ker sekarang?? tula yang selalu i pikir..
Tapi kan kawan2...Allah tu kan lebih mengetahui apa yang baik untuk kita..kenapalah kita tak berserah aje kat Dia..kita dah berusaha..dah berdoa..patutnya kita berserahlah pada kekuasaan Allah...hubby pun kata camtu..plus he told me that pregnancy will be absolutely unique from one to another..my SIL pun kata when she was having her youngest, dia tak mabuk langsung pun. So bila dengar macam tu i jadi tenang dan tak nak fikir yang bukan2..kalau dah ditakdirkan i akan bergelar ibu..pasti akan sampai waktu itu..namun kalau kehendakNya yang berlawanan, redha lah yang paling layak untuk kita sebagai hambaNya..

U all taukan ini gila handbags...tapi sekarang ni i tak ada nafsu pun..the gucci tote i bought recently baru sekali aje i tengok..itupun time dapat from CT..lepas tu i simpan tak bukak2 dah..its so not me...baby boy ker??tak suka mekap, tak suka shopping..what happen to me???
Oh ya..my recent conversation with asyraf:

Asyraf: anty, err..baby ni boy ker girl?
Anty: Hehe..manalah nak tau...baru ader kepala dengan mata jer..
Lupa pulak nak tanya Asyraf dia nak baby boy ke baby girl...tapi nampak gaya dia prefer boy aje..nak buat kawan laa tu..
Asyraf nampak excited nak dapat adik..siap suruh i makan almond+raisin+kurma..tapi yang kelakarnya siap suruh i buat latihan2 PMR dia so that baby nanti pandai..tapi my hubby kata:
"Buatlah question ACCA..keluar2 leh terus jadi accountant"
Hai...seboleh2 dia nak jadikan family ni all certified accountants....sabar jela...

Monday, February 9, 2009

malasnyer...

Sekejap ok sekejap tak...itulah keadaan aku sekarang ni. Bukan taknak update blog tapi memang tahap malas dewa dewa lah..
Bukan update blog ajer yang aku malas, benda2 yang aku sangat disiplin pun dah malas nak buat, contohnya, malas nak follow segala facial regime. Malas nak mekap dan bersiap2 kalau nak keluar. Malas nak keluar rumah, malas nak tengok TV, etc..etc..
Tapi yang bestnyer plak, aku tetiba rajin membaca, macam2 buku aku baca.satu hari aku leh abiskan 3 buku..tapi bukan fiksyen la..kalau fiksyen taknak pulak.
Berat badan dah kurang ni...sebab selera makan memang takder lah..nak pi dapur pun tak semangat. Nasib baik ada si Rini, kalau tak sapalah nak masak untuk hubby n kids. Aku cium bau tumis pun dah pening lalat dah.
Orang kata perempuan mengandung ni sensitif..perasaan cepat tersentuh..mungkin jugak lah. Lately ni airmata aku selalu jer nak keluar tanpa sebab. Apa2 benda yang berkaitan baby kalau aku baca mesti rasa nak nangis..dengar lagu ibu mithali pun rasa nak nangis.
Hubby layan aku macam biasa ajer. Takdelah special treatment ke apa ke. Maybe ni bukan 1st time dia dapat baby, so dia cool jer lah. Lain lah aku ni...macam2 perasaan ader..tapi knowing hubby, dia mmg camtu pun. Cool manjangggggggg....
Oh ya, arini kopitiam kami dibuka secara rasmi...tapi aku tak pegi pun sbb memang sekarang ni salah satu tempat yang aku takleh pegi ialah Bugis street Kopitiam..kalau pergi mesti aku muntah hijau kat situ..kang lari plak customer.
Tapi alhamdulillah, menurut partner we all si Amin, memang full house sampai stock semua habis..so overwhelming...alhamdulillah..mudah2an hari2 berikutnya pun camtu gak.Pada yang belum berkesempatan tu..jemputlah datang ke Kopitiam kami...
Bugis Street Kopitiam
No. 2 Jalan Pandan Indah 1/23D
(Near The Store, Hong Leong Bank and Petronas)

Saturday, January 31, 2009

Sikit aje updatenya...

Alhamdulillah morning sicknessku masih under control. Cuba elakkan makan ubat2 tahan muntah, so i practice to eat more often but in a small quantity, take acid folic and also take only organic soy drink as suggested by doctor. Next week ada appt dengan gynae di Kjmc..hospital ni pun dekat dengan rumah dan parking pun senang. Mula2 nak pegi Sjmc tapi memikirkan mesti ramai orang dan parkingnya pula agak susah, emmm..cancel la nak ke situ.
Hubby pun banyak share experiance dia dengan 3 kelahiran sebelum ini. So its really helping me..alhamdulillah dapat suami yang dah berpengalaman so apa yang tak tahu atau tak pasti ada juga tempat merujuk.
Malam ni ada kenduri doa selamat di Bugis Street sempena opening isnin depan..aku tak sempat nak upload gambar kopitiamku itu tapi insyaAllah akan diusahakan untuk sneak peek ye.
Kepada kawan2 mungkin aku akan arrange gathering kita dibugis street nanti so boleh lah korang rasa menu kat sana. Sekarang kerja pun makin banyak sebab a/c bugis tentu ada banyak transactionnya dibanding dengan Adda Prima yang masih menunggu 1st harvest dalam akhir tahun ini. Diharap kedua2 bisnes hubby ini mendapat keredhaan Allah sekaligus berjaya seperti yang diharapkan. Orang kata seronok berniaga, tapi banyak perancangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Semoga segalanya berbaloi..amin.

Thursday, January 29, 2009

Dapat adik??

Dalam pada kita meraikan berita gembira dan kebahgiaan yang mengasyikkan, ada juga hati yang perlu kita jaga supaya gembira kita itu tak menjadi bahan untuk mereka berduka. Bila aku mendapat berita gembira tempohari, aku terfikir juga hati2 dirumah yang ku tak dapat membayangkan bagaimana reaksi mereka terhadap berita ini..banyak kemungkinan boleh berlaku.
Mungkin mereka terperanjat lantas sudah lama tak pernah menerima orang baru..ntahlah..aku cuba memahami..sebagaimana aku memahami mereka diawal2 kehadiranku. Semoga suatu hari mereka mengerti tiada apa yang akan berubah..kasih papa takkan pernah surut walau bilangan keluarga kita makin bertambah kerana papamu itu manusia yang adil, kan kalian semua tahu, papa selalu jadi hero kita semua..judgement papa jarang tersasar..priority papa tentu sekali pada anak2nya..usahlah khuatir.
"Ya Allah, kau rahmatilah keluargaku dengan segala limpah rahmatmu, jadikanlah kami kuat menempuhi segala dugaanMu, Amin"

Wednesday, January 28, 2009

Blabbing

Suddenly updating blog is not so easy for me...
My morning sickness is actually in the evening..so 4pm onwards i will be like
sleeping with my eyes open...
Hence, we all are busy with the last minute preparation before opening next monday..
This morning i was sitting at my desk completing my financial statement to be audited next week for 7 hrs straight...for someone who is preggy and have not working for two years..its not easy man....but work must be carried out..
But at this very moment...i want my mom to be here beside me..in fact i called her every 1 hour..sampai dia pun tak larat nak layan.
Oh yes, i have bought the Gucci tote i targeted..just got it yesterday..will upload photo later..this one previously intended for my shopping trip to spore..but i guess
its now for my diaper bag..hehe
Oklah..seriously i dont have any idea whats to talk about..so i guess im gonna stop here before i blabbing more further..CiAO

Sunday, January 25, 2009

Aku, hubby dan ..............

Aduhh...hubby ke kopitiam menguruskan sedikit lagi perkara sebelum opening.
Niat aku memangnya hendak menempel dengan hubby tapi hari ini nampaknya tempat aku lebih sesuai di atas katil..selesai solat subuh aku dan hubby ke pasar memilih daging kambing untuk digulai kari..lepas sarapan bersama di restoran ismail Tmn Tun terus saja balik. Hubby seperti biasa membelek akhbar, aku pula sudah panjat katil..kemudian bangun sekejap untuk masak kari...dan rebah semula..begitulah aktivitiku sepanjang hari..lena dan lena..
Namun itu bagiku a 'good problem'...uncomfortable but good..
Ya..ya...aku tahu ramai yang telah mengagak kondisi terbaruku..berita baik harusnya dikongsikan?..Apa ingatkah kalian pada entri 'God..these are my wishes'??
Alhamdulillah nampaknya permintaanku yang terakhir itu telah dijawab..dan benar..segala permintaan yang lainnya tak lagi penting bagiku..Allah telah memberikan pemberian yang terbaik...Terima kasih Ya Tuhanku..aku besyukur atas nikmatmu Ya Allah...
Hubby biasa2 saja dengan berita ini..memangnya hubby bukan lelaki yang melebih2 menunjukkan rasa hati..everything in moderation. Hubby bukan lelaki yang kerap digambarkan dalam puisi2 cinta juga filem2 asmara..hubby bukan lelaki yang kriterianya seringkali menjadi jampian gadis2 untuk ketemu sebagai prince charming..
Oh, hubbyku itu begitu jauh kriterianya dengan watak2 romantis si pemujangga cinta..tapi bagiku..didalam hatiku..di dasar mataku...hubby sempurna sebagai seorang suami yang selayaknya memimpin aku..Seorang lelaki hebat yang tidak perlu berkata besar demi menunjukkan hebatnya..seorang yang aku selalu membenarkan kata2nya selayaknya aku sebagai isteri yang dicipta dari rusuk kirinya..
Tapi aku tahu hubby gembira akan berita ini..dipesannya selalu..jangan lupa baca surah mariam, surah yusuf dan luqman. Biarlah qatam quran berkali2 lantas apalagi kesibukan yang menghalangku. Pesannya juga jangan minum teh tarik dan kopi O kegemaran kami itu lagi..banyakkan minum susu dan soya. Ya, hubbyku itu romantisnya tidak klise...mesra kami bukan untuk tatapan umum..mesra kami hanya di tempat tertentu jauh dari pandangan orang. Katanya cukuplah kita sama2 tahu..tak perlu dibukti pada yang lain..Ya abang, i setuju itu....

Saturday, January 24, 2009

Aku Bahagia

Today is the happiest day in my life...why is it? u must wondering rite..
heheh..I dont know if iam ready to tell it here..
I guess im gonna wait till im ready...takper kan...
Tapi percayalah...aku tak pernah rasa sebahagia ini...semoga bahagia ini kekal.

Monday, January 19, 2009

AJL yang ke bpe tah..

Malam tadi tak pegi mana so we all tgk AJL.
Aku tak ada masalah dengan MUH yang menang Juara Lagu dan tak ada masalah juga sama Faizal Tahir yang bawak byk trofi..they deserve it!!period.
Aku pun tak kisah lah peminat2 fanatik Ziana Zain yang terkuciwa sbb come back Kak Ziana tak menjadi although i bet shes coudnt speak today due to the sore throat she probably having now..(gile u...dia jerit tu...)
Aku jugak kagum dengan minah senget stacy (perangainya agak mental..but i like it)yang bleh nyanyi sampai membuat aerobick (ko ingat senang ke?)
Senang cakap, semua mahu bikin statement malam tadi termasuk adik2 yang cute yang aku rasa lebih berbakat dari segelintir budak2 AF.

Tapi aku dah bosan dengan host2 'incompetent' AJL ni laa..aku dah takleh tahan dah..
1st of all, kenapa kena ada 3 orang untuk handle AJL? 2 orang cukup la...kalau kat indo (takleh cakap indon skrg..kang minah indon marah...opps) Sarah Sechan tu buat sorang2 je..tak der hal pun..
Yang TV3 ni pun, mmg dah takder ke pengacara yang lebih hebat, meletup, amazing tahap dewa selain dari si Ally yang selain tak cukup ketinggian, tak cukup juga idea menarik nak dicakapkan...Ya Allah, dia ni antara makhluk bosan yang selalu kuar TV.
Yang si Cheryl ni plak..aku tau lah dia ada LLB, jangan la cakap laju sangat..kalau ada speed trap mau kena saman.
Si mamat tak der rambut Faisal Ismail ni plak..alahai..budak2 Raja Lawak (selain Nabil la) tu punya lawak pun aku takleh gelak apatah lagi lawak seram ko malam tadi.."3 elemen iluminasi ialah...ilu....mi...dan nasi...". errrr.....wutever...

Kalau penerbit AJL ni adalah sesat kat sini baca entri aku ni, ni aku nak bagi suggestion sikit kat ngko...

1. Tuka laa pengacara sedey korang ni...carilah orang lain..byk lagi yang orang lain..nak aku sebut ker?...ok lah...oklah...ngko ambik la si afdlin ke, aznil ke, takpun panggil host AJL yang dolu2...mcm azwan ali ke(walaupun gedik...better laa dari Ally menggedik), sharmine agustine ke...eh ramai lagilah..takpun ko panggil jela si fara fauzana tu..abis citer...si cheryl tu ko masukkan la dia kat rancangan2 macam medikTV ke, Al Kuliyyah ke..hahaha
2. Takyah la buat kategori2 ni lagi...buat habis duit je bagi banyak hadiah..ko balik lah buat mcm AJL yang lama..satu kategori aje..unfair to composer la..mcm ethnik kreatif tu...semua lagu pun tak best. Baik bagi hadiah tu kat 2nd best untuk kategori lain yg sememangnya lagi best dari juara etnik kreatif....hush, tak kreatif langsung otak korang ni.
3. Tak payah laa buat tema apakebendatahakupunjadibengongtengokkoranhni...asal lagu best, pengacara best, sumer pun jadi best laa...tak yah tema2..ko ingat ni taman tema ke??
4. Tahun depan kalau Najib jadi PM, ko takyah lah panggil Kak Rosmah datang bagi hadiah, aku rasa dia tak berapa berkenan dengan korang sumer la..dia tak senyum pun...

Haaahh...lega rasanya..dah aku nak blah ni..CiAo

Saturday, January 17, 2009

Bila aku jadi mak

Hakikinya aku belum ada anak. Aku tak tahu bagaimana rasa mengandung, melahirkan serta membesarkan anak.
Hakikinya juga aku punya anak, anak kandung suamiku yang selayaknya aku anggap sebagai anak sendiri..seikhlasnya..jangan ada diskriminasi.
Seawal perhubungan kami, aku sedar ianya bukan mudah untuk mereka menganggap dan memandang aku sebagai ibu, jadi aku tidak menggantung harapan yang tinggi..cukuplah kiranya aku bisa jadi sahabat mereka dan cukuplah andai mereka bisa menerima kehadiranku dalam hidup mereka..alhamdulillah..Allah maha mendengar permintaan hambaNya.
Untuk menggantikan tempat seorang ibu, itu aku tak mampu..aku tak layak untuk itu..tempat itu tidak seharusnya berganti..ia akan kekal sebegitu di hati mereka.
Jesteru itu, aku sentiasa tahu dan sedar diri tentang had kapasiti diriku bila sampai ke perkara2 seperti tegur - menegur, nasihat - menasihati, apa jualah perkara2 yang ibu selalu buat pada anaknya. Aku selalu berhati - hati supaya aku tidak melebihi dari hak ku.
Seingatku selama yang kami bersama menjadi satu keluarga ini aku tidak pernah marah dengan frequency extra tinggi, nadaku secara natural mmg tinggi (aku dulu qariah di kampung, suaraku memang semulajadi lantang)tapi tidak pernah dengan rasa kecewa dan sedih seorang ibu terhadap anaknya..aku belum bisa rasa semacam itu..
Namun malam kelmarin bila ku memarahi anak yang kecil sekali atas perkara2 study, untuk pertama kalinya aku rasa marah teramat dan kecewa teramat sehingga menitis airmataku dan terbawa bawa perasaanku..untuk pertama kalinya aku rasa yang aku marah itu adalah darah dagingku dan aku berhak untuk marah atas tanggungjawab seorang ibu untuk membetulkan..mungkin dia juga terkejut..aku tak pernah begitu sama dia. Aku selalu cuma jadi kawan.
Aku selalu jadi marah pada filem dan drama2 melayu yang kerapkali menonjolkan imej ibu tiri itu sebagai kejam, busuk hati, tamak dan sebagainya..sinis masyarakat memang tak dapat aku elakkan..contohnya, bila aku ketemu sesiapa yang tahu statusku yang beranak tiri, mereka kata
" Jangan beza2kan diorang, anak tiri ke, anak kandung ke sama aje"
dan orang yang bercakap itu tak pernah tahu bagaimana rasa punya anak tiri...
samalah juga bila makcik - makcik kepoh datang ke anak2 ku dan berpesan
" Panggil lah anty tu mak, kan dia dah jadi mak awak"
orang itu pun tak pernah ada mak tiri...
Aku tak pernah berkecil hati bila mereka tak betah memanggilku 'mak' atau 'mama' atau apa ajalah yang semakna dengannya..kerana aku tahu ia tak mudah untuk mereka. Jadi aku menerima keadaan seadanya dan melayan mereka secara natural bukan dibuat2..kiranya aku marah, bukan erti aku benci. Tiada istilah memilih kasih atau berebut kasih..kerana bagiku kami sama sama berkongsi kasih, sama sama berusaha menerima, bertolak ansur atas sesuatu yang pastinya takkan sama seperti dulu..

kasihnya ibu membawa ke syurga
kasihnya ayahanda berkorban nyawa

Untuk anak2...2 jenis kasih sayang di atas adalah hak mutlak kalian yang takkan pernah sesiapa merampasnya..

Thursday, January 15, 2009

KEHILANGAN

Entri ni bukanlah tujuannya nak membangkitkan rasa sedih..apatah lagi pada hari lahir aku sendiri kan..
Tapi entah kenapa aku terpanggil untuk membicarakan hal ini..bila aku teringatkan arwah abah , mak di kampung, terpandangkan wajah hubby...tesuntik satu perasaan sayup yang susah untuk aku gambarkan.
Aku percaya setiap dari kita pasti pernah merasai 'kehilangan'. Ada yang hilang harta, hilang pekerjaan, hilang kepercayaan, pendek kata 'kehilangan' bisa terjadi dalam apa jua bentuk.
Ini cerita 'kehilangan' aku...kuungkapkan sedikit aja, kerna cerita ini bukan milik totalku seorang..

- Aku kehilangan mak, bila mak sibuk bekerja dan dapat bertentang mata entah berapa jam ketika ku kecil dulu.

- Aku kehilangan abah bila abah tidak ikut serta mengiringiku ke tangga asrama dimana buat pertama kalinya aku akan berjauhan sama keluarga.

- Aku kehilangan selera tanpa masakan mak bila aku mula mandiri di tanah KL.

- Aku kehilangan suami bila dia berkata hubungan ini satu kesilapan

- Aku kehilangan rasa cinta, kasih dan percaya pada si dia yang ketika itu menyesal atas apa jua khilaf yang terjadi..dan kehilangan itu tak pernah kembali.

- Aku kehilangan ikatan murni yang pernah dipatri didepan kadi dan ironinya untuk pertama kali aku suka pada kehilangan.

Namun segala kehilangan itu tak membuatku kesal..tiada satu yang membuatku kesal...
Sehinggalah aku kehilangan abah di tengahari jumaat 30 November 07 dimana perkara itu adalah yang terakhir aku fikirkan ketika itu. Tidak terlintas dibenakku abah akan pergi bila ucapan terakhirnya padaku adalah lawak jenaka..kusangka abah akan pulang kerumah setelah dikatakan keluar dari zon darurat. Kusangka abah akan hidup lama untuk melihat kebahgiaan yang kukecap kini. Dan kerana sangkaanku yang begitu membuatkanku lekauntukngucapkan "selamat tinggal abah", tak terlintas untuk kukucup dahi abah minta keampunan darinya kerana selama adanya abah aku amat jarang bermesra dengannya..ya, aku bukan anak manja abah. Setiap kali ku dail panggilan ke kampung, yang kutanyakan adalah mak, walaupun bila abah yang dihujung talian. Andai aku bisa berbicara buat terakhir kalinya sama abah, akan kuberitahu dia yang aku amat2 sayangkan abah, aku menyesal tidak berbicara lama2 sama abah ditelefon, aku nyesal tidak selalu luang masa untuk abah. Aku tau kini abah, walau abah tak pernah bersuara, aku tau abah juga sayangkanku...Aku rindu sama abah.

Kehilangan abah buat aku tersedar akan erti kehilangan yang sebenar. Kehilangan yang tak akan berganti walau dengan apa pun.
Sering kuperhati wajah insan2 kesayanganku...
Andainya pandangan itu adalah yang terakhir...and if we dont get to say GOODBYE.
Al Fatihah untuk abah..

I got 3 Series


Not the BMW of course..
I thot i could not handle it...
I thot iam going to mourn over it...
I thot iam not ready for it...
That's what i thot..and that's not happening..not even close..
I turn 30 today...
Iam happy...
I feel good as Allah has allow me to stay this long in this world with my loved ones..
Iam overwhelmed by the wishes, hugs and kisses...
I am a lady...
Beautiful, confident and sophisticated one...(chewah)
I don't need all the luxury gifts to enable me to embrace my big 3..although LV or Gucci would be nice..
I just need a healthy body, positive mind, loving family, caring friends, etc...
Being able to enjoy mylife rather than being struggle to keep things alive..
Yes, iam proudly say...I am already 30...and i love the feelings of being 30 despite of all anti ageing regime that i would have to consider..haha
HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Tuesday, January 13, 2009

Unbound



Sebenarnya dah lama aku story morie benda ni tapi tak sempat2. Setahun yang lepas aku pakai braces atas permintaan suamiku itu, walaupun aku rasa gigi aku dah ok except adalah sikit terseliuh kat gigi bawah tu je..aku ikutkan jugaklah lagipun bukan aku yang bayarkan. Aku buat kat Klinik Dr Zainuddin kat Bandar Sri Damansara yang memang telah menjadi doktor gigi pilihan keluarga kami sekian sejak sekian lama, mula mula aku ingat nak buat yang metal aje tapi setelah dapat tahu yang kristal tu jauh lagi cepat tindak balasnya aku pun pilih lah yang tu..tapi harganya pun boleh tahanlah..
So hampir genap setahun aku pakai braces yang bukan sahaja menyakitkan, merimaskan serta membuat rupaku jadi hodoh...akhirnya hari khamis minggu lepas aku bebas tersenyum dan ketawa tanpa perlu kucover2kan mulutku..yahuuu...
Tapi khamis ni aku kenalah pergi ambik retainer untuk aku pakai supaya gigi aku ni tak teralih semula..ni pun aku rasa gigi aku semacam jer..macam nak beralih jer..seram aku.
Sepanjang aku memakai braces itu, aku amatlah sukar untuk mengukir senyuman bila ambik gambar, mana taknyer..aku rasa muka aku macam nak makan jer orang yg ambik gambar tu..huh..seram lagi..
CiaO

the craps i love

When i created this blog, it was meant to share my obsession and addiction to designer's handbags. Well, some people might say my so call obsession is 'petty' and only suite for a spoiled brat. You can think whatever you want. Will do me nothing.

But my blog doesn't all about handbags, i speak about many things, some are matter and some aren't. And i think that's exactly why are we created blogs, to express what we are thinking, to share our thoughts.

I realised its been a while since my last entry on handbags, its because i have not purchased any bags since my last gucci and my focus is more on other things that requires more of my attention than to browsing around.

But this morning when i opened my closet to rearrange my handbags i noticed that i don't have a tote..like a shopping tote and i don't have a clutch as well..
its not like its the most important thing to do right now, but i do need these stuff, cos i just do..don't ask me why..i don't need to justify my obsession..than u wouldn't call it obsession rite?

I do know i should not spend my hard earned(yeke?) on this unnecessary item (well...ppl always say that to me..,for me..its necessity..haha)especially when our economy is on the rocks and all the turbulence in Gaza which i also think its way 'berkat'if i donate to people of palestine..huhu..i do know that..
So, the best way i think i will donate my money to the Palestinians but at the same time i will seduce someone to buy me those bags..hahhaah (evil laugh)..but how do i go on my seduction..think..think...
But as for now, i would like to share with you my next target...CiAo



this is jolie tote, it looks classic and i think its suitable for a shopping tote as its so spacious and it goes well with jeans and shirt..maybe this one for my spore trip..



Bridle check tote by burberry...emm..this quite expensive compared to gucci but i like it as it can be carried over the shoulder and also cross over body..

Monday, January 12, 2009

God, these are my wishes....

10 perkara yang aku nak tapi macam susah nak dapat:

1. Nak pindah bungalow...dah beli 2,3 kali tapi after few months mesti hubby jual..ader jer benda yg tak kena yg we all tak perasan masa beli..but the good thing is we make money out of it.

2. Nak bawak mak pi umrah...mak tak berapa sihat, dia kata takut susahkan aku.

3. Nak kurus balik...huhuhu

4. Nak shopping kat London. Hubby kata kalau ader rezeki Dec leh pegi..we'll see...

5. Nak bukak restoran asam pedas yg terbaikkk...tapi asam pedas aku lom tahap terbaikk lagi..camner tu??

6. Nak selalu hang out dengan sahabat2ku...tapi masa tak mengizinkan.

7. Nak BMW M6

8. Nak masak tiap2 hari...skrg ni aku masak ikut mood..

9. Nak minum air masak 2 liter tiap hari...selalu lupa laa...

10. Nak zuriat dari darah daging sendiri, and if this particular wish is granted..all 9 wishes above seem not so important anymore..cos i'll have the whole world i wanted by being a mother..

Sunday, January 11, 2009

BFF...they'll never show up in front of me

BFF stands for BEST FRIEND FOREVER (duh!!...macam laa korang tak tau).
I dont really know if i have one, of course i have some of close friends where i have trust on them to share some of my stories, secrets, problems, etc and these bunch of people i refer as MY CLOSE FRIENDS. But it also depend on what BFF is defined to u..for me, BEST FRIEND FOREVER is someone extremely close to you other than your family where u put your highest trust on her/him. Someone who really care for you as how you care for her/him. Someone who support you and guide you in whatever you do. Someone who not simply judge you over your wrong doing but try to understand why u did it. Someone who willing to listen to your problem and only keep it to her/his ears. Someone who doesnt have 'antenna parabola' on her/his mouth to channel out all the input you have been telling her/him...bla..bla..bla...
And its 90% positive that i dont have one and never being one to anybody..
I think its normal for women to find its difficult to have that sort of person and be that sort of person. The reason being, women always set up their priorities in thier lives..and its gradually change as time goes by. Well, i dont say men dont do that..its just women's approach on this matter quite different.
Let see, When we start to have boyfriend, we will be a bit deserted from our girlfriends because we want to spend more time with our boyfriend so we no longer hang out as much as before, and on the other hand, our friends also feel they dont want to 'kacau daun' and give us more space.
As all of us got married, have a career, our priorities will be divided to these 'more important' subjects. We no longer see each other often, we dont call or text or miss call (nak call takder credit)and i think we are ok of this patent because we all know its difficult to be commited to a sort of friendship as what BFF is defined
Personally im not disturbed by the fact that i never had a BFF, im ok with it because i think my extend of friendship with my close friends is good enough.
We do updating each other and see each other occasionally but we basically know we would never do something 'extraordinary' in the name of FRIENDSHIP.
But its different for men, they do have BFF..most of them have..at least my hubby has..and i think i would never have that kind of 'band of brothers' thing with anyone..
But i like my close friends, i have different group of friends depending on places i met them. Some are from school, some are from college and some are from work. But i would like to say thanks to these crazy babes where i consider them as my close friends (they are my friends from my UiTM years...you know who you are). Thanks for being my friend..i dont know how honest you'd be with me, how much you'd be bad talking about me, how much do u think im annoying.bla..bla..bla..but your once in a while presence and your thaughtful is what really counts. I cant wait to go to singapore with all of you to enjoy ourselves out..and create more memories there.
And for these crazy babes, being friend to all of you is something i would like to continue for the rest of mylife..and i take this opportunity to make one thing clear that i dont really like when u call me 'kak' before my name as i think most of you dont look any younger than me..(i said some)and yeah, i dont see you as someone less matured in fact i adore some of you for have brilliant ways of thinking, it just i dont praise people much and yeah i dont really give a damn on how you express yourself either positive or negative way..i just feel comfortable as what the thing is..i and i hope all of u feel the same way..ok, enough for now..Ciao

Saturday, January 10, 2009

Bila Hubby Marah

aku nak share benda ni dengan u all. Takder lah apa2 significant nyer sangant tapi aku nak jugak cerita.
Pagi semalam aku nyer plan nak teman hubby gi post office after that wanna have breakfast kat nasi lemak tangling before pi dentist. Tapi kita hanya merancang Allah sajalah yg menentukan..betul tak??
Sampai jer kat post office aku tengok orang boleh tahan ramai jugak dan cuma ada 3 kaunter aje yang bukak..bila ambik nombor ada 20 orang depan we all...tapi tu biasalah kan, takderlah ramai sangat so we all tunggu lah.
after 45 min nombor we all pun di call up..so legalah kan..tak sabar nak makan kat tangling ni...(padahal dah overweight ni..)
Oh yer lupa nak cerita, we all pi PO tu sbb nak claim redemption RM600.
tetiba kakak yang mahal benar senyumnya kat kaunter tu bagitau hubby takleh proceed payment sbb data tak update lagi..so here are their conversation:

Kakak kaunter: "tak boleh buat lah encik, data tak masuk lagi"
Hubby: "kenapa tak boleh buat? agent saya cakap hari ni boleh buat claim"
Kakak kaunter: " Bila encik renew road tax ni"
Hubby: " Semalam"
Kakak kaunter: "oh kalau semalam tak boleh encik, 3 hari baru update data,
kalau renew kat sini mungkin cepat sikit lah"
Hubby: "Saya buat kat sinilah semalam, kenapa u all ambik masa sampai 3 hari nak update, i thot sekarang semua online, i took leave only to do this and u tell me it cant be done after i waited 45 min..why there is no notice to clarify that the redemption can only be done after 3 days from the renewal"suara hubby dah tinggi dah....
Kakak Kaunter: "Saya pun tak taulah encik, takkan nak bagitau kat semua orang..letih lah kami"
Hubby: "i want to see ur manager now, i nak tau kenapa u all ambik 3 hari nak update data and kenapa tak ada notis"
Kakak kaunter: " manager pergi minum la encik, encik cubalah telefon hotline number ni mungkin diorang boleh tolong"
Hubby: "i dont need that, i nak jumpa ur manager, pukul 9.30am ur manager tak siap minum lagi ke?" Kakak kaunter terdiam..mungkin baru perasan dah tersalah cakap.
Hubby: "its ok, i will call ur CEO" kakak tu dah macam terpucat jugak..Hubby pun dengan muka macam nak pi bunuh orang keluar dari PO dan masuk kereta. Aku dok diam jer, takut nak cakap apa2 sbb tau hubby mmg tgh marah sangat.
Dia keluarkan Handphone dan mengsms seseorang, tak sampai berapa minit orang yg disms tu pun call dia balik. Yes, Dato Syed Faizal was on the line with him, mintak maaf atas ke-incompetent staff nye dan berjanji will take care the thing.
Bukanlah bantuan CEO Post Malaysia tu yang we all hegehkan sangat cuma attitude 'orang2 kita' yang dah sedap dengan gomen culture yang bila kerja suka secara slow motion dan selalu sangat haus sampai sehari 3,4 kali nak pi kuar minum sampai bila organisasi tu dah di privatisekan pun tak boleh nak berubah2..tu yg aku selalu tak encourage kalau ader sesapa yg nak keje gomen atau mana2 GLC yang culture nya tak pernah tukar2 dari zaman dengan gomen dulu. Kalau kau rajin pun lama2 jadi malas jugak sbb nanti kau kena kata nak ampu bos..hai lu pikir lah sendiri..
ni cuma secebis aje tentang ketidakcekapan dan ketidakberdaya saingnya mereka2 ni..banyak sangat kalau nak citer..penat dan sakit ati jer.
Dan disebabkan hal ni, aku tak jadim pi makan kat tangling sb hubby dah takder mood..
damn...
CiAo

Thursday, January 8, 2009

I am bloated

Arrghh...dieting is suck!!!!
Yesterday i have 'kutu' party with my neighbours and as usual we eat, we talk, we gossiping..(btw, betul ke ct nurhaliza nak mintak cerai ah??....)and some of them came to me and asked me,
"Nora..berseri2 je pipi tu, dah ader isi ke?" i was like.."errrrr"
"Nora senang hati eh...dah bulat sikit lah"...again..."errrrr"
yeah..yeah..i put on weight, i admit it..4 kgs in 2 months..yeah..yeah..i know what u are thinking..
Well, actually i lost my weight during puasa..i lost 4 kgs...but u knowlah raya kan..so about a month after raya i still carry the holiday weight and manage to put on another 2 kgs..eh mcm bangga lak..
Its not that i didnt try to control my eating behavior, i did...but the temptation is so strong lahh...i had few rounds of food testing session for my kopitiam, many birthday parties from Nov - Feb so there will be foods i couldnt resist.
Sounds like making excuses? maybe i am..
But i know i have to overcome this overweight issue i have rite now ASAP..anyone with any diet/health program are welcome to share with me...iam willing to try anything as long as its safe..

P/S: I wish i cud turn back time to those good old days where my wieght was only 43kg..seriously..what have i done to myself...

Tuesday, January 6, 2009

Palestin

Kita semua tentu tau akan gelora antara 'good and evil' di tebing barat sana. Kalau masih ada yang belum terdengar akan berita ini, aku tak pasti dimana kalian berada sedang kuasa pemancar berita tak pernah terlimitasi..
Aku sedih, kerana selain doa, tiada apa yang mampu kuperlaku. Sedangkan kita di sini..masih merasakan yang penting itu adalah material dan yang wajib dijaga itu hanyalah persendirian. Siapa yang benar2 kita rasakan saudara? tanyakan pada diri..ya aku juga bertanya soalan yang sama..dan aku tahu takat mana talian persaudaraan yang aku daftarkan untuk aku bangkit membela atasnya..terlalu kecil lingkungan itu.
Aku solat 5 kali sehari, bukan ku menyombong..alhamdulillah aku tak pernah gagal solat selain sebab yg tidak membenarkan..namun tidak pernah sekali pun dalam solatku, yang aku tidak mengingati duniawi..tidak pernah sekali pun ku menyerahkan jiwaku selayak mana ucapanku. Tapi bila difikirkan..bagaimana pula dosaku yang kiranya mencadi cair akan tenggelamlah bumi, kiranya menjadi awan, takkan tembus sinar mentari akannya..banyaknya dosaku ya Allah..itu baru yang kusedarkan..namun masih jua kumelalaikan solat taubat selayaknya orang berdosa..Astaghfirullahalazim....
Namun masih tuhan itu berikan nikmat tak terucap..masih jua tuhan menyayangi meski kita selalu mengingkari. Sedangkan yang dipalestin itu mahu menyambut "birthday' juga tidak terfikirkan apatah lagi mahu berseronok parti tahun baru yang penuh dengan arak dan perempuan..mengapa mereka yang diduga? rahsia Allah itulah mungkin...
Terfikirkah kita, mengapa kita terlepas dugaan sedasyat itu sedangkan iman kita nipisnya lebih dari bawang dan tebalnya dosa bagai kerak bumi tapi masih dimanja2 tuhan..terfikirkah kita inilah dugaan tuhan yang besar kepada kita..ingin menapis yang mana beriman dan mana pula yang kufur nikmatNya..Subhanallah...
Ingin sekali ku menjadi insan yang tidak terhijab melihat kekuasaanmu lantas tidak akan merasa ragu atas takdirmu dan selalu merasa Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..Ya Allah
Semoga Allah tidak meninggalkan kita..walau kitalah hambaNya yang sering alpa dan keciciran. Semoga Allah memancarkan hidayahNya kepada kita.
Ya Allah, selamatkan saudara2 kami di Gaza sana. Terimalah Syahid mereka yang terkorban atas nama agama...Amin

MARRIAGE

Apparently we were talking about marriage today..(my close frens n i were chit chatting thru emails...hehe..sooo productive..)..well, some of us are already married and some are getting married soon and some of us are still searching for Mr Right.
So, the topics was so hot that we all took half of our day to discuss it (well..not exactly discuss it..merely throw the crap out of our mind)
Since i am the most senior and according to them i am the most experienced one, yeah rite..so i shared with them some of my past experiences on marriage but comes to think of it, i have failed once and still struggling with the current one, why should they listen to me??haha
Well, everybody makes mistakes...i did and still do. Everybody does right? but the important thing is we learnt from it. As i told my frens, my husband and i never yell to each other, whenever he gets angry i mute...not a single word comes out from my mouth and i wait..and wait..until he cools down..same goes with him..and it works perfectly well. We seldom fight and i wish we'll stay like that forever.
As for me, i can lose my temper just by a click..so easy like i were made of fire..asyik nak meletop!! but iam also the easiest person for anyone to please..iam not demanding in any way (yolahh tu..)and iam also do not like to make things big out of it..as against my hubby, hes always cool, he talks very calmly, he thinks before he speaks(for me...jerit dulu baru pikir..)he is very isolated/individual person but hes also the hardest person to admit if he was wrong, never say sorry unless the court told him to do so..byk lagi lah yg tersangat opposite dengan perangai aku.
But i think things like that makes us bonded and strong together..things that might looks like the leakiness of the relationship is actually the strong points that we always overlook..
Some of us may put their target on when is the right time for them to think seriously about settling down. i did that too...twice in fact..dua2 pun aku langgar.
The thing is, we just do not know when our jodoh will come, some has been a coupled for 10 years and ended up marrying someone else, and some know each other merely a month and spent their life together forever. 2 things are going to be so mysterious forever..they are 'jodoh' and 'maut'
So for those who are still searching..keep searching and always positive about it, if u have not found ur MR Right, means..Allah has a better plan for u.
For those who are getting married, be well prepared physically and mentally cos believe me, its going to be so different from the day where u were only a 'pacar'..
The true color of both of you will be revealed as time goes by..time tu..so many things will pop out in your mind and maybe also from your mouth..sabar je k.
And lastly for those who are being married to your beloved partner (including me), it takes everything to make it works..we fight, we make up, we demand, we compromise, we yell, we smile, we hate, we love,we share, we understand...many things we always do to our partner that it might takes the whole day to write it here..
And for all of us..for able to love and to be loved..we should embrace LOVE..doesn't matter how hard is the relationship can be..we do need it..CiAO

Monday, January 5, 2009

Tahniah Nufad

Aku mengambil kesempatan ni mengucapkan TAHNIAH pada sahabatku Norfadlina (Nufad) atas kenaikan pangkat ke senior auditor 2 di KPMG..bila nak blanja kengkawan makan ni???

Sunday, January 4, 2009

vermicelli

I was all in cooking mood this morning..i woke up early, exercised a bit and then went to buy breakfast and get some of the stuff to cook for lunch..i was delighted to cook as i haven't been cooking for a week i suppose..(malasss). i cooked mee siam kuah which is hubby's fav. Being a housewife, we must show our 'keterroran' once in a while kannn....
But that could only be happen if your dishes are 'edible' laaa....which was not in my case today..i have been cooking this menu many times..believe me, its awesome as people will ask for the recipe. But the vermicelli just wont let me go thru it..damn you rice vermicelli!!when i soaked it , it was just fine but once i throw it into the wok, it transformed itself to 'bubur'..it was like it melted..hancurrr...i was not even add water to it. But the kuah is still nice lah..but the gravy is no good without the bihun kan...alahaiii....
So iam all frustrated as the kids had to make burgers for their lunch, it was only hubby yang rela makan sepinggan habis..tks abang..nak jugak dia makan..even me cannot telan that 'bubur'...
ok lah, iam still in bad mood rite now..oh, btw i baught it at tesco at cheper price..(it was on sale item) i suspected the bihun is no longer good or maybe its already expired( i didnt check the expiry date..my mistake). I hesitate to reveal the brand here as i dont know if its appropriate, but if anyone of wants to know, feel free to ask me..i will tell u in private.CiAO

Kalau kita harus memilih

Aku ada satu cerita, cerita yang jujur daripada aku walaupun isinya nanti mungkin pahit bak hempedu. Hidup aku selama 30 tahun ni memang ada banyak pasang surutnya tapi yang nak aku ceritakan ni berkenaan pengorbanan yang aku sendiri tak tahu sampai sekarang adakah ianya perlu ataupun pengorbanan itu hanya omokan hati aku yang sememangnya ingin lari...
Orang selalu kata kita bebas memilih..kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita.tapi hakikatnya kita terjerat dalam perspektif masyarakat yang tak henti mengadili setiap tindakan dan keputusan kita..kita tak pernah bebas dalam erti kata yang kita selalu ucapkan..
Transisi hidup aku memang banyak peringkat..kalau aku ceritakan dari awal memang aku tak sanggup..bukan kerana panjang sangat sampai tak larat aku nak menaip tapi aku rasa malu hendak menyelak kembali lembaran2 itu yang kalau boleh ingin ku simbah dengan dakwat hitam biar gelap semuanya.
Biarlah aku cerita dari suatu permulaan yang aku rasakan membawa makna terbesar.
Aku pernah bahagia dengan sebuah perhubungan yang pernah kurasakan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Hubungan itu memang punyai potensi besar untuk kekal, kalau tidak takkanlah kusanggup berikrar di depan kadi menyetujui perjanjian kasih kami. Aku tak nak bercerita 'what went wrong' dalam hubungan itu kerana aib itu rahsia. Yang inginku kongsikan ialah pengalamanku memilih di antara 2 simpang yang yang kelihatannya hampir serupa. Cuma pengalaman di antara 2 'journey' itu yang membezakan. Jahatnya aku ketika itu, aku memilih jalan yang baru, jalan yang kurasakan lebih mendamaikan, jalan yang tak punya 'traffic light', yang kurang simpangnya, yang luas binaannya namun jalan itu kosong..bosan. sedangkan jalan yg satu lagi, yang biasa kulalui adalah jalan yang sangat indah hiasannya, hingga kusangka lampu jalan adalah bintang yang bergemerlapan. Namun segala keindahan itu bikin aku alpa hinggakan aku selalu disaman atas kesalahan yg aku lakukan.
Bukan mudah untuk aku memilih..dipenghujung jalan itu ada 2 insan istimewa menunggu..dan antara seorang akan kupatahkan hatinya, akan kumungkirkan janjinya, aku kucabuli kepercayaannya. Tapi itulah yang aku lakukan kerana pada saat itu dan ketika itu aku percaya aku berhak memilih, memilih untuk menjadi yang lebih baik, memilih mengikut naluri rasa dan ilham jiwa yang dikurniakan lewat mimpi selepas memohon kepadaNya. Dan aku memilih untuk meninggalkan segala yang aku ada, segala cinta dan kasih, segala janji dan setia, aku juga memilih untuk dicerca, dinista lantaran perempuan apakah aku yang tega memilih yang lain setelah ikatan disimpul padu untuk sesuatu yang belum pasti..aku bisa hilang segalanya tapi tuhan itu tentu tahu isi hatiku ini, Dia tentu mengerti apa yang aku cari dan Dia akhirnya mengizini permintaanku..alhamdulillah..
Jalan yang bosan itu tidak lagi bosan kerana aku selalu punya teman yang tak jemu mengingatkan aku bahawa jalan ini biarlah bosan dan kaku kerna halanya menuju ke destinasi abadi di mana kegembiraan itu tak pernah hilang, di mana muda itu takkan pudar, di mana hati2 kita semua takkan ada yang kotor dan jijik. Biarlah kita mengharungi jalan yang bosan ini sekarang tapi kita lincir meniti siratulmustaqim..itulah pesan dia yang pernah menungguku dihujung simpang jalan yang bosan...dan andainya hari ini ku harus memilih lagi..biar kala itu aku buta, pekak dan bisu..ya tuhan, janganlah sekali kau buta, pekak dan bisukan hatiku..amin.

Thursday, January 1, 2009

Melayu jangan terus layu....

Bila aku baca dan tengok kisah penderitaan saudara2 kita dipalestin, aku rasa marah, sakit hati dan sedih. Betapa kejamnya puak2 israel laknatullah, terhadap insan2 yg tak berdosa ini terutamanya orang2 tua dan kanak2. Bila tengok kanak2 yg menderita tu rasa nak menitik airmata aku ni. Tapi dalam posisi terhad kita ni apa sangatlah yang dapat kita hulurkan selain doa semoga penderitaan itu berakhir cepat.
Benda yang besar2 macam ni jugak membuatkan aku marah dan geram pada orang2 islam kita yang selalunya bertelagah sesama sendiri berkenaan perkara2 yang remeh temeh sedangkan kita sepatutnya perlu lebih memikirkan isu2 yang besar dan global macam ni.
ok, kita tengokkan..orang sibuk membicarakan tentang isu seperti: patut tak kita buat tahlil untuk orang mati, perlukah menyedekahkan pahala bacaan yassin pada si mati kerana mungkin pahalanya tidak terangkat untuk si mati itu, Berapa rakaat yg betul untuk solat tarawih dan macam2 lagilah yang pada aku remeh sangat. Kenapa kita taknak fikir macamana nak galakkan orang muda mengaji alquran, tarik umat islam semua melakukan solat terawih dan macamana nak memantau isu murtad..aku ni bukan lah pandai sangat agama tapi benda2 macamni buat aku sedih..macamanalah orang islam tak ditindas..
Aku bukanlah nak menuding jari pada sesiapa tapi kita (org melayu terutamanya) terlalu hanyut dengan ketuanan melayu yg diagung2kan sangat tu..betullah hak orang melayu tak perlu dipersoalkan..aku setujulah tu tapi yang sampai orang melayu takut nak bersaing dengan orang lain tu kenapa? kalau lah 100 orang pelajar UiTM yang dapat DL tu belajar sekali dengan orang bukan melayu, dia terus jadi bodoh ke? aku rasa tidak. Fikirlah, sampai bila kita ni nak terus bermanja? dah sampai ditindas macam kaum palestin dan bosnia dulu tu baru nak terngadah ke? aku sekadar meluah pendapat kalau ada yang tak setuju, aku pun tak kisah. Ciao

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Salam to everybody...
Last year has been a great time for me as most of my targets fulfilled. My relationship with ppl around me has gotten stronger. Eventhough my dad is no longer with me to celebrate my so called 'impian menjadi nyata' moments..i still have mom who never gets tired to support all the way until now..terima kasih mak..zura sayang mak.
To hubby who never give up to 'berleter' to make sure i wont get screwed up and for his uncountable loves he has given to me for the past 2 years, i really wanna say..thank you so much abang..i tak sangka akan jumpa lelaki sebaik abang dalam hidup i. I am also sorry if i am not perfect for u, perhaps i could never be one but i am trying...as for you..i could never ask for more..u are my dream guy..i love u.
and for the kids...anty tau it was not easy for all of u and certainly it was not easy for me too. But we went through all together..and here we are as one happy family. Thanks for all your understanding and support. Yang telah pergi takkan kembali lagi..kita semua akan menghadapi..Tapi percayalah, insan yg kita sayangi itu telah berada ditempat yg lebih baik disisiNya.InsyaAllah...
And as for all, i wish Happy New Year and may this 2009 brings lots of happiness to all of us..HAPPY NEW YEAR!!!!