Saturday, January 31, 2009

Sikit aje updatenya...

Alhamdulillah morning sicknessku masih under control. Cuba elakkan makan ubat2 tahan muntah, so i practice to eat more often but in a small quantity, take acid folic and also take only organic soy drink as suggested by doctor. Next week ada appt dengan gynae di Kjmc..hospital ni pun dekat dengan rumah dan parking pun senang. Mula2 nak pegi Sjmc tapi memikirkan mesti ramai orang dan parkingnya pula agak susah, emmm..cancel la nak ke situ.
Hubby pun banyak share experiance dia dengan 3 kelahiran sebelum ini. So its really helping me..alhamdulillah dapat suami yang dah berpengalaman so apa yang tak tahu atau tak pasti ada juga tempat merujuk.
Malam ni ada kenduri doa selamat di Bugis Street sempena opening isnin depan..aku tak sempat nak upload gambar kopitiamku itu tapi insyaAllah akan diusahakan untuk sneak peek ye.
Kepada kawan2 mungkin aku akan arrange gathering kita dibugis street nanti so boleh lah korang rasa menu kat sana. Sekarang kerja pun makin banyak sebab a/c bugis tentu ada banyak transactionnya dibanding dengan Adda Prima yang masih menunggu 1st harvest dalam akhir tahun ini. Diharap kedua2 bisnes hubby ini mendapat keredhaan Allah sekaligus berjaya seperti yang diharapkan. Orang kata seronok berniaga, tapi banyak perancangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Semoga segalanya berbaloi..amin.

Thursday, January 29, 2009

Dapat adik??

Dalam pada kita meraikan berita gembira dan kebahgiaan yang mengasyikkan, ada juga hati yang perlu kita jaga supaya gembira kita itu tak menjadi bahan untuk mereka berduka. Bila aku mendapat berita gembira tempohari, aku terfikir juga hati2 dirumah yang ku tak dapat membayangkan bagaimana reaksi mereka terhadap berita ini..banyak kemungkinan boleh berlaku.
Mungkin mereka terperanjat lantas sudah lama tak pernah menerima orang baru..ntahlah..aku cuba memahami..sebagaimana aku memahami mereka diawal2 kehadiranku. Semoga suatu hari mereka mengerti tiada apa yang akan berubah..kasih papa takkan pernah surut walau bilangan keluarga kita makin bertambah kerana papamu itu manusia yang adil, kan kalian semua tahu, papa selalu jadi hero kita semua..judgement papa jarang tersasar..priority papa tentu sekali pada anak2nya..usahlah khuatir.
"Ya Allah, kau rahmatilah keluargaku dengan segala limpah rahmatmu, jadikanlah kami kuat menempuhi segala dugaanMu, Amin"

Wednesday, January 28, 2009

Blabbing

Suddenly updating blog is not so easy for me...
My morning sickness is actually in the evening..so 4pm onwards i will be like
sleeping with my eyes open...
Hence, we all are busy with the last minute preparation before opening next monday..
This morning i was sitting at my desk completing my financial statement to be audited next week for 7 hrs straight...for someone who is preggy and have not working for two years..its not easy man....but work must be carried out..
But at this very moment...i want my mom to be here beside me..in fact i called her every 1 hour..sampai dia pun tak larat nak layan.
Oh yes, i have bought the Gucci tote i targeted..just got it yesterday..will upload photo later..this one previously intended for my shopping trip to spore..but i guess
its now for my diaper bag..hehe
Oklah..seriously i dont have any idea whats to talk about..so i guess im gonna stop here before i blabbing more further..CiAO

Sunday, January 25, 2009

Aku, hubby dan ..............

Aduhh...hubby ke kopitiam menguruskan sedikit lagi perkara sebelum opening.
Niat aku memangnya hendak menempel dengan hubby tapi hari ini nampaknya tempat aku lebih sesuai di atas katil..selesai solat subuh aku dan hubby ke pasar memilih daging kambing untuk digulai kari..lepas sarapan bersama di restoran ismail Tmn Tun terus saja balik. Hubby seperti biasa membelek akhbar, aku pula sudah panjat katil..kemudian bangun sekejap untuk masak kari...dan rebah semula..begitulah aktivitiku sepanjang hari..lena dan lena..
Namun itu bagiku a 'good problem'...uncomfortable but good..
Ya..ya...aku tahu ramai yang telah mengagak kondisi terbaruku..berita baik harusnya dikongsikan?..Apa ingatkah kalian pada entri 'God..these are my wishes'??
Alhamdulillah nampaknya permintaanku yang terakhir itu telah dijawab..dan benar..segala permintaan yang lainnya tak lagi penting bagiku..Allah telah memberikan pemberian yang terbaik...Terima kasih Ya Tuhanku..aku besyukur atas nikmatmu Ya Allah...
Hubby biasa2 saja dengan berita ini..memangnya hubby bukan lelaki yang melebih2 menunjukkan rasa hati..everything in moderation. Hubby bukan lelaki yang kerap digambarkan dalam puisi2 cinta juga filem2 asmara..hubby bukan lelaki yang kriterianya seringkali menjadi jampian gadis2 untuk ketemu sebagai prince charming..
Oh, hubbyku itu begitu jauh kriterianya dengan watak2 romantis si pemujangga cinta..tapi bagiku..didalam hatiku..di dasar mataku...hubby sempurna sebagai seorang suami yang selayaknya memimpin aku..Seorang lelaki hebat yang tidak perlu berkata besar demi menunjukkan hebatnya..seorang yang aku selalu membenarkan kata2nya selayaknya aku sebagai isteri yang dicipta dari rusuk kirinya..
Tapi aku tahu hubby gembira akan berita ini..dipesannya selalu..jangan lupa baca surah mariam, surah yusuf dan luqman. Biarlah qatam quran berkali2 lantas apalagi kesibukan yang menghalangku. Pesannya juga jangan minum teh tarik dan kopi O kegemaran kami itu lagi..banyakkan minum susu dan soya. Ya, hubbyku itu romantisnya tidak klise...mesra kami bukan untuk tatapan umum..mesra kami hanya di tempat tertentu jauh dari pandangan orang. Katanya cukuplah kita sama2 tahu..tak perlu dibukti pada yang lain..Ya abang, i setuju itu....

Saturday, January 24, 2009

Aku Bahagia

Today is the happiest day in my life...why is it? u must wondering rite..
heheh..I dont know if iam ready to tell it here..
I guess im gonna wait till im ready...takper kan...
Tapi percayalah...aku tak pernah rasa sebahagia ini...semoga bahagia ini kekal.

Monday, January 19, 2009

AJL yang ke bpe tah..

Malam tadi tak pegi mana so we all tgk AJL.
Aku tak ada masalah dengan MUH yang menang Juara Lagu dan tak ada masalah juga sama Faizal Tahir yang bawak byk trofi..they deserve it!!period.
Aku pun tak kisah lah peminat2 fanatik Ziana Zain yang terkuciwa sbb come back Kak Ziana tak menjadi although i bet shes coudnt speak today due to the sore throat she probably having now..(gile u...dia jerit tu...)
Aku jugak kagum dengan minah senget stacy (perangainya agak mental..but i like it)yang bleh nyanyi sampai membuat aerobick (ko ingat senang ke?)
Senang cakap, semua mahu bikin statement malam tadi termasuk adik2 yang cute yang aku rasa lebih berbakat dari segelintir budak2 AF.

Tapi aku dah bosan dengan host2 'incompetent' AJL ni laa..aku dah takleh tahan dah..
1st of all, kenapa kena ada 3 orang untuk handle AJL? 2 orang cukup la...kalau kat indo (takleh cakap indon skrg..kang minah indon marah...opps) Sarah Sechan tu buat sorang2 je..tak der hal pun..
Yang TV3 ni pun, mmg dah takder ke pengacara yang lebih hebat, meletup, amazing tahap dewa selain dari si Ally yang selain tak cukup ketinggian, tak cukup juga idea menarik nak dicakapkan...Ya Allah, dia ni antara makhluk bosan yang selalu kuar TV.
Yang si Cheryl ni plak..aku tau lah dia ada LLB, jangan la cakap laju sangat..kalau ada speed trap mau kena saman.
Si mamat tak der rambut Faisal Ismail ni plak..alahai..budak2 Raja Lawak (selain Nabil la) tu punya lawak pun aku takleh gelak apatah lagi lawak seram ko malam tadi.."3 elemen iluminasi ialah...ilu....mi...dan nasi...". errrr.....wutever...

Kalau penerbit AJL ni adalah sesat kat sini baca entri aku ni, ni aku nak bagi suggestion sikit kat ngko...

1. Tuka laa pengacara sedey korang ni...carilah orang lain..byk lagi yang orang lain..nak aku sebut ker?...ok lah...oklah...ngko ambik la si afdlin ke, aznil ke, takpun panggil host AJL yang dolu2...mcm azwan ali ke(walaupun gedik...better laa dari Ally menggedik), sharmine agustine ke...eh ramai lagilah..takpun ko panggil jela si fara fauzana tu..abis citer...si cheryl tu ko masukkan la dia kat rancangan2 macam medikTV ke, Al Kuliyyah ke..hahaha
2. Takyah la buat kategori2 ni lagi...buat habis duit je bagi banyak hadiah..ko balik lah buat mcm AJL yang lama..satu kategori aje..unfair to composer la..mcm ethnik kreatif tu...semua lagu pun tak best. Baik bagi hadiah tu kat 2nd best untuk kategori lain yg sememangnya lagi best dari juara etnik kreatif....hush, tak kreatif langsung otak korang ni.
3. Tak payah laa buat tema apakebendatahakupunjadibengongtengokkoranhni...asal lagu best, pengacara best, sumer pun jadi best laa...tak yah tema2..ko ingat ni taman tema ke??
4. Tahun depan kalau Najib jadi PM, ko takyah lah panggil Kak Rosmah datang bagi hadiah, aku rasa dia tak berapa berkenan dengan korang sumer la..dia tak senyum pun...

Haaahh...lega rasanya..dah aku nak blah ni..CiAo

Saturday, January 17, 2009

Bila aku jadi mak

Hakikinya aku belum ada anak. Aku tak tahu bagaimana rasa mengandung, melahirkan serta membesarkan anak.
Hakikinya juga aku punya anak, anak kandung suamiku yang selayaknya aku anggap sebagai anak sendiri..seikhlasnya..jangan ada diskriminasi.
Seawal perhubungan kami, aku sedar ianya bukan mudah untuk mereka menganggap dan memandang aku sebagai ibu, jadi aku tidak menggantung harapan yang tinggi..cukuplah kiranya aku bisa jadi sahabat mereka dan cukuplah andai mereka bisa menerima kehadiranku dalam hidup mereka..alhamdulillah..Allah maha mendengar permintaan hambaNya.
Untuk menggantikan tempat seorang ibu, itu aku tak mampu..aku tak layak untuk itu..tempat itu tidak seharusnya berganti..ia akan kekal sebegitu di hati mereka.
Jesteru itu, aku sentiasa tahu dan sedar diri tentang had kapasiti diriku bila sampai ke perkara2 seperti tegur - menegur, nasihat - menasihati, apa jualah perkara2 yang ibu selalu buat pada anaknya. Aku selalu berhati - hati supaya aku tidak melebihi dari hak ku.
Seingatku selama yang kami bersama menjadi satu keluarga ini aku tidak pernah marah dengan frequency extra tinggi, nadaku secara natural mmg tinggi (aku dulu qariah di kampung, suaraku memang semulajadi lantang)tapi tidak pernah dengan rasa kecewa dan sedih seorang ibu terhadap anaknya..aku belum bisa rasa semacam itu..
Namun malam kelmarin bila ku memarahi anak yang kecil sekali atas perkara2 study, untuk pertama kalinya aku rasa marah teramat dan kecewa teramat sehingga menitis airmataku dan terbawa bawa perasaanku..untuk pertama kalinya aku rasa yang aku marah itu adalah darah dagingku dan aku berhak untuk marah atas tanggungjawab seorang ibu untuk membetulkan..mungkin dia juga terkejut..aku tak pernah begitu sama dia. Aku selalu cuma jadi kawan.
Aku selalu jadi marah pada filem dan drama2 melayu yang kerapkali menonjolkan imej ibu tiri itu sebagai kejam, busuk hati, tamak dan sebagainya..sinis masyarakat memang tak dapat aku elakkan..contohnya, bila aku ketemu sesiapa yang tahu statusku yang beranak tiri, mereka kata
" Jangan beza2kan diorang, anak tiri ke, anak kandung ke sama aje"
dan orang yang bercakap itu tak pernah tahu bagaimana rasa punya anak tiri...
samalah juga bila makcik - makcik kepoh datang ke anak2 ku dan berpesan
" Panggil lah anty tu mak, kan dia dah jadi mak awak"
orang itu pun tak pernah ada mak tiri...
Aku tak pernah berkecil hati bila mereka tak betah memanggilku 'mak' atau 'mama' atau apa ajalah yang semakna dengannya..kerana aku tahu ia tak mudah untuk mereka. Jadi aku menerima keadaan seadanya dan melayan mereka secara natural bukan dibuat2..kiranya aku marah, bukan erti aku benci. Tiada istilah memilih kasih atau berebut kasih..kerana bagiku kami sama sama berkongsi kasih, sama sama berusaha menerima, bertolak ansur atas sesuatu yang pastinya takkan sama seperti dulu..

kasihnya ibu membawa ke syurga
kasihnya ayahanda berkorban nyawa

Untuk anak2...2 jenis kasih sayang di atas adalah hak mutlak kalian yang takkan pernah sesiapa merampasnya..

Thursday, January 15, 2009

KEHILANGAN

Entri ni bukanlah tujuannya nak membangkitkan rasa sedih..apatah lagi pada hari lahir aku sendiri kan..
Tapi entah kenapa aku terpanggil untuk membicarakan hal ini..bila aku teringatkan arwah abah , mak di kampung, terpandangkan wajah hubby...tesuntik satu perasaan sayup yang susah untuk aku gambarkan.
Aku percaya setiap dari kita pasti pernah merasai 'kehilangan'. Ada yang hilang harta, hilang pekerjaan, hilang kepercayaan, pendek kata 'kehilangan' bisa terjadi dalam apa jua bentuk.
Ini cerita 'kehilangan' aku...kuungkapkan sedikit aja, kerna cerita ini bukan milik totalku seorang..

- Aku kehilangan mak, bila mak sibuk bekerja dan dapat bertentang mata entah berapa jam ketika ku kecil dulu.

- Aku kehilangan abah bila abah tidak ikut serta mengiringiku ke tangga asrama dimana buat pertama kalinya aku akan berjauhan sama keluarga.

- Aku kehilangan selera tanpa masakan mak bila aku mula mandiri di tanah KL.

- Aku kehilangan suami bila dia berkata hubungan ini satu kesilapan

- Aku kehilangan rasa cinta, kasih dan percaya pada si dia yang ketika itu menyesal atas apa jua khilaf yang terjadi..dan kehilangan itu tak pernah kembali.

- Aku kehilangan ikatan murni yang pernah dipatri didepan kadi dan ironinya untuk pertama kali aku suka pada kehilangan.

Namun segala kehilangan itu tak membuatku kesal..tiada satu yang membuatku kesal...
Sehinggalah aku kehilangan abah di tengahari jumaat 30 November 07 dimana perkara itu adalah yang terakhir aku fikirkan ketika itu. Tidak terlintas dibenakku abah akan pergi bila ucapan terakhirnya padaku adalah lawak jenaka..kusangka abah akan pulang kerumah setelah dikatakan keluar dari zon darurat. Kusangka abah akan hidup lama untuk melihat kebahgiaan yang kukecap kini. Dan kerana sangkaanku yang begitu membuatkanku lekauntukngucapkan "selamat tinggal abah", tak terlintas untuk kukucup dahi abah minta keampunan darinya kerana selama adanya abah aku amat jarang bermesra dengannya..ya, aku bukan anak manja abah. Setiap kali ku dail panggilan ke kampung, yang kutanyakan adalah mak, walaupun bila abah yang dihujung talian. Andai aku bisa berbicara buat terakhir kalinya sama abah, akan kuberitahu dia yang aku amat2 sayangkan abah, aku menyesal tidak berbicara lama2 sama abah ditelefon, aku nyesal tidak selalu luang masa untuk abah. Aku tau kini abah, walau abah tak pernah bersuara, aku tau abah juga sayangkanku...Aku rindu sama abah.

Kehilangan abah buat aku tersedar akan erti kehilangan yang sebenar. Kehilangan yang tak akan berganti walau dengan apa pun.
Sering kuperhati wajah insan2 kesayanganku...
Andainya pandangan itu adalah yang terakhir...and if we dont get to say GOODBYE.
Al Fatihah untuk abah..

I got 3 Series


Not the BMW of course..
I thot i could not handle it...
I thot iam going to mourn over it...
I thot iam not ready for it...
That's what i thot..and that's not happening..not even close..
I turn 30 today...
Iam happy...
I feel good as Allah has allow me to stay this long in this world with my loved ones..
Iam overwhelmed by the wishes, hugs and kisses...
I am a lady...
Beautiful, confident and sophisticated one...(chewah)
I don't need all the luxury gifts to enable me to embrace my big 3..although LV or Gucci would be nice..
I just need a healthy body, positive mind, loving family, caring friends, etc...
Being able to enjoy mylife rather than being struggle to keep things alive..
Yes, iam proudly say...I am already 30...and i love the feelings of being 30 despite of all anti ageing regime that i would have to consider..haha
HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Tuesday, January 13, 2009

Unbound



Sebenarnya dah lama aku story morie benda ni tapi tak sempat2. Setahun yang lepas aku pakai braces atas permintaan suamiku itu, walaupun aku rasa gigi aku dah ok except adalah sikit terseliuh kat gigi bawah tu je..aku ikutkan jugaklah lagipun bukan aku yang bayarkan. Aku buat kat Klinik Dr Zainuddin kat Bandar Sri Damansara yang memang telah menjadi doktor gigi pilihan keluarga kami sekian sejak sekian lama, mula mula aku ingat nak buat yang metal aje tapi setelah dapat tahu yang kristal tu jauh lagi cepat tindak balasnya aku pun pilih lah yang tu..tapi harganya pun boleh tahanlah..
So hampir genap setahun aku pakai braces yang bukan sahaja menyakitkan, merimaskan serta membuat rupaku jadi hodoh...akhirnya hari khamis minggu lepas aku bebas tersenyum dan ketawa tanpa perlu kucover2kan mulutku..yahuuu...
Tapi khamis ni aku kenalah pergi ambik retainer untuk aku pakai supaya gigi aku ni tak teralih semula..ni pun aku rasa gigi aku semacam jer..macam nak beralih jer..seram aku.
Sepanjang aku memakai braces itu, aku amatlah sukar untuk mengukir senyuman bila ambik gambar, mana taknyer..aku rasa muka aku macam nak makan jer orang yg ambik gambar tu..huh..seram lagi..
CiaO

the craps i love

When i created this blog, it was meant to share my obsession and addiction to designer's handbags. Well, some people might say my so call obsession is 'petty' and only suite for a spoiled brat. You can think whatever you want. Will do me nothing.

But my blog doesn't all about handbags, i speak about many things, some are matter and some aren't. And i think that's exactly why are we created blogs, to express what we are thinking, to share our thoughts.

I realised its been a while since my last entry on handbags, its because i have not purchased any bags since my last gucci and my focus is more on other things that requires more of my attention than to browsing around.

But this morning when i opened my closet to rearrange my handbags i noticed that i don't have a tote..like a shopping tote and i don't have a clutch as well..
its not like its the most important thing to do right now, but i do need these stuff, cos i just do..don't ask me why..i don't need to justify my obsession..than u wouldn't call it obsession rite?

I do know i should not spend my hard earned(yeke?) on this unnecessary item (well...ppl always say that to me..,for me..its necessity..haha)especially when our economy is on the rocks and all the turbulence in Gaza which i also think its way 'berkat'if i donate to people of palestine..huhu..i do know that..
So, the best way i think i will donate my money to the Palestinians but at the same time i will seduce someone to buy me those bags..hahhaah (evil laugh)..but how do i go on my seduction..think..think...
But as for now, i would like to share with you my next target...CiAo



this is jolie tote, it looks classic and i think its suitable for a shopping tote as its so spacious and it goes well with jeans and shirt..maybe this one for my spore trip..



Bridle check tote by burberry...emm..this quite expensive compared to gucci but i like it as it can be carried over the shoulder and also cross over body..

Monday, January 12, 2009

God, these are my wishes....

10 perkara yang aku nak tapi macam susah nak dapat:

1. Nak pindah bungalow...dah beli 2,3 kali tapi after few months mesti hubby jual..ader jer benda yg tak kena yg we all tak perasan masa beli..but the good thing is we make money out of it.

2. Nak bawak mak pi umrah...mak tak berapa sihat, dia kata takut susahkan aku.

3. Nak kurus balik...huhuhu

4. Nak shopping kat London. Hubby kata kalau ader rezeki Dec leh pegi..we'll see...

5. Nak bukak restoran asam pedas yg terbaikkk...tapi asam pedas aku lom tahap terbaikk lagi..camner tu??

6. Nak selalu hang out dengan sahabat2ku...tapi masa tak mengizinkan.

7. Nak BMW M6

8. Nak masak tiap2 hari...skrg ni aku masak ikut mood..

9. Nak minum air masak 2 liter tiap hari...selalu lupa laa...

10. Nak zuriat dari darah daging sendiri, and if this particular wish is granted..all 9 wishes above seem not so important anymore..cos i'll have the whole world i wanted by being a mother..

Sunday, January 11, 2009

BFF...they'll never show up in front of me

BFF stands for BEST FRIEND FOREVER (duh!!...macam laa korang tak tau).
I dont really know if i have one, of course i have some of close friends where i have trust on them to share some of my stories, secrets, problems, etc and these bunch of people i refer as MY CLOSE FRIENDS. But it also depend on what BFF is defined to u..for me, BEST FRIEND FOREVER is someone extremely close to you other than your family where u put your highest trust on her/him. Someone who really care for you as how you care for her/him. Someone who support you and guide you in whatever you do. Someone who not simply judge you over your wrong doing but try to understand why u did it. Someone who willing to listen to your problem and only keep it to her/his ears. Someone who doesnt have 'antenna parabola' on her/his mouth to channel out all the input you have been telling her/him...bla..bla..bla...
And its 90% positive that i dont have one and never being one to anybody..
I think its normal for women to find its difficult to have that sort of person and be that sort of person. The reason being, women always set up their priorities in thier lives..and its gradually change as time goes by. Well, i dont say men dont do that..its just women's approach on this matter quite different.
Let see, When we start to have boyfriend, we will be a bit deserted from our girlfriends because we want to spend more time with our boyfriend so we no longer hang out as much as before, and on the other hand, our friends also feel they dont want to 'kacau daun' and give us more space.
As all of us got married, have a career, our priorities will be divided to these 'more important' subjects. We no longer see each other often, we dont call or text or miss call (nak call takder credit)and i think we are ok of this patent because we all know its difficult to be commited to a sort of friendship as what BFF is defined
Personally im not disturbed by the fact that i never had a BFF, im ok with it because i think my extend of friendship with my close friends is good enough.
We do updating each other and see each other occasionally but we basically know we would never do something 'extraordinary' in the name of FRIENDSHIP.
But its different for men, they do have BFF..most of them have..at least my hubby has..and i think i would never have that kind of 'band of brothers' thing with anyone..
But i like my close friends, i have different group of friends depending on places i met them. Some are from school, some are from college and some are from work. But i would like to say thanks to these crazy babes where i consider them as my close friends (they are my friends from my UiTM years...you know who you are). Thanks for being my friend..i dont know how honest you'd be with me, how much you'd be bad talking about me, how much do u think im annoying.bla..bla..bla..but your once in a while presence and your thaughtful is what really counts. I cant wait to go to singapore with all of you to enjoy ourselves out..and create more memories there.
And for these crazy babes, being friend to all of you is something i would like to continue for the rest of mylife..and i take this opportunity to make one thing clear that i dont really like when u call me 'kak' before my name as i think most of you dont look any younger than me..(i said some)and yeah, i dont see you as someone less matured in fact i adore some of you for have brilliant ways of thinking, it just i dont praise people much and yeah i dont really give a damn on how you express yourself either positive or negative way..i just feel comfortable as what the thing is..i and i hope all of u feel the same way..ok, enough for now..Ciao

Saturday, January 10, 2009

Bila Hubby Marah

aku nak share benda ni dengan u all. Takder lah apa2 significant nyer sangant tapi aku nak jugak cerita.
Pagi semalam aku nyer plan nak teman hubby gi post office after that wanna have breakfast kat nasi lemak tangling before pi dentist. Tapi kita hanya merancang Allah sajalah yg menentukan..betul tak??
Sampai jer kat post office aku tengok orang boleh tahan ramai jugak dan cuma ada 3 kaunter aje yang bukak..bila ambik nombor ada 20 orang depan we all...tapi tu biasalah kan, takderlah ramai sangat so we all tunggu lah.
after 45 min nombor we all pun di call up..so legalah kan..tak sabar nak makan kat tangling ni...(padahal dah overweight ni..)
Oh yer lupa nak cerita, we all pi PO tu sbb nak claim redemption RM600.
tetiba kakak yang mahal benar senyumnya kat kaunter tu bagitau hubby takleh proceed payment sbb data tak update lagi..so here are their conversation:

Kakak kaunter: "tak boleh buat lah encik, data tak masuk lagi"
Hubby: "kenapa tak boleh buat? agent saya cakap hari ni boleh buat claim"
Kakak kaunter: " Bila encik renew road tax ni"
Hubby: " Semalam"
Kakak kaunter: "oh kalau semalam tak boleh encik, 3 hari baru update data,
kalau renew kat sini mungkin cepat sikit lah"
Hubby: "Saya buat kat sinilah semalam, kenapa u all ambik masa sampai 3 hari nak update, i thot sekarang semua online, i took leave only to do this and u tell me it cant be done after i waited 45 min..why there is no notice to clarify that the redemption can only be done after 3 days from the renewal"suara hubby dah tinggi dah....
Kakak Kaunter: "Saya pun tak taulah encik, takkan nak bagitau kat semua orang..letih lah kami"
Hubby: "i want to see ur manager now, i nak tau kenapa u all ambik 3 hari nak update data and kenapa tak ada notis"
Kakak kaunter: " manager pergi minum la encik, encik cubalah telefon hotline number ni mungkin diorang boleh tolong"
Hubby: "i dont need that, i nak jumpa ur manager, pukul 9.30am ur manager tak siap minum lagi ke?" Kakak kaunter terdiam..mungkin baru perasan dah tersalah cakap.
Hubby: "its ok, i will call ur CEO" kakak tu dah macam terpucat jugak..Hubby pun dengan muka macam nak pi bunuh orang keluar dari PO dan masuk kereta. Aku dok diam jer, takut nak cakap apa2 sbb tau hubby mmg tgh marah sangat.
Dia keluarkan Handphone dan mengsms seseorang, tak sampai berapa minit orang yg disms tu pun call dia balik. Yes, Dato Syed Faizal was on the line with him, mintak maaf atas ke-incompetent staff nye dan berjanji will take care the thing.
Bukanlah bantuan CEO Post Malaysia tu yang we all hegehkan sangat cuma attitude 'orang2 kita' yang dah sedap dengan gomen culture yang bila kerja suka secara slow motion dan selalu sangat haus sampai sehari 3,4 kali nak pi kuar minum sampai bila organisasi tu dah di privatisekan pun tak boleh nak berubah2..tu yg aku selalu tak encourage kalau ader sesapa yg nak keje gomen atau mana2 GLC yang culture nya tak pernah tukar2 dari zaman dengan gomen dulu. Kalau kau rajin pun lama2 jadi malas jugak sbb nanti kau kena kata nak ampu bos..hai lu pikir lah sendiri..
ni cuma secebis aje tentang ketidakcekapan dan ketidakberdaya saingnya mereka2 ni..banyak sangat kalau nak citer..penat dan sakit ati jer.
Dan disebabkan hal ni, aku tak jadim pi makan kat tangling sb hubby dah takder mood..
damn...
CiAo

Thursday, January 8, 2009

I am bloated

Arrghh...dieting is suck!!!!
Yesterday i have 'kutu' party with my neighbours and as usual we eat, we talk, we gossiping..(btw, betul ke ct nurhaliza nak mintak cerai ah??....)and some of them came to me and asked me,
"Nora..berseri2 je pipi tu, dah ader isi ke?" i was like.."errrrr"
"Nora senang hati eh...dah bulat sikit lah"...again..."errrrr"
yeah..yeah..i put on weight, i admit it..4 kgs in 2 months..yeah..yeah..i know what u are thinking..
Well, actually i lost my weight during puasa..i lost 4 kgs...but u knowlah raya kan..so about a month after raya i still carry the holiday weight and manage to put on another 2 kgs..eh mcm bangga lak..
Its not that i didnt try to control my eating behavior, i did...but the temptation is so strong lahh...i had few rounds of food testing session for my kopitiam, many birthday parties from Nov - Feb so there will be foods i couldnt resist.
Sounds like making excuses? maybe i am..
But i know i have to overcome this overweight issue i have rite now ASAP..anyone with any diet/health program are welcome to share with me...iam willing to try anything as long as its safe..

P/S: I wish i cud turn back time to those good old days where my wieght was only 43kg..seriously..what have i done to myself...

Tuesday, January 6, 2009

Palestin

Kita semua tentu tau akan gelora antara 'good and evil' di tebing barat sana. Kalau masih ada yang belum terdengar akan berita ini, aku tak pasti dimana kalian berada sedang kuasa pemancar berita tak pernah terlimitasi..
Aku sedih, kerana selain doa, tiada apa yang mampu kuperlaku. Sedangkan kita di sini..masih merasakan yang penting itu adalah material dan yang wajib dijaga itu hanyalah persendirian. Siapa yang benar2 kita rasakan saudara? tanyakan pada diri..ya aku juga bertanya soalan yang sama..dan aku tahu takat mana talian persaudaraan yang aku daftarkan untuk aku bangkit membela atasnya..terlalu kecil lingkungan itu.
Aku solat 5 kali sehari, bukan ku menyombong..alhamdulillah aku tak pernah gagal solat selain sebab yg tidak membenarkan..namun tidak pernah sekali pun dalam solatku, yang aku tidak mengingati duniawi..tidak pernah sekali pun ku menyerahkan jiwaku selayak mana ucapanku. Tapi bila difikirkan..bagaimana pula dosaku yang kiranya mencadi cair akan tenggelamlah bumi, kiranya menjadi awan, takkan tembus sinar mentari akannya..banyaknya dosaku ya Allah..itu baru yang kusedarkan..namun masih jua kumelalaikan solat taubat selayaknya orang berdosa..Astaghfirullahalazim....
Namun masih tuhan itu berikan nikmat tak terucap..masih jua tuhan menyayangi meski kita selalu mengingkari. Sedangkan yang dipalestin itu mahu menyambut "birthday' juga tidak terfikirkan apatah lagi mahu berseronok parti tahun baru yang penuh dengan arak dan perempuan..mengapa mereka yang diduga? rahsia Allah itulah mungkin...
Terfikirkah kita, mengapa kita terlepas dugaan sedasyat itu sedangkan iman kita nipisnya lebih dari bawang dan tebalnya dosa bagai kerak bumi tapi masih dimanja2 tuhan..terfikirkah kita inilah dugaan tuhan yang besar kepada kita..ingin menapis yang mana beriman dan mana pula yang kufur nikmatNya..Subhanallah...
Ingin sekali ku menjadi insan yang tidak terhijab melihat kekuasaanmu lantas tidak akan merasa ragu atas takdirmu dan selalu merasa Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..Ya Allah
Semoga Allah tidak meninggalkan kita..walau kitalah hambaNya yang sering alpa dan keciciran. Semoga Allah memancarkan hidayahNya kepada kita.
Ya Allah, selamatkan saudara2 kami di Gaza sana. Terimalah Syahid mereka yang terkorban atas nama agama...Amin

MARRIAGE

Apparently we were talking about marriage today..(my close frens n i were chit chatting thru emails...hehe..sooo productive..)..well, some of us are already married and some are getting married soon and some of us are still searching for Mr Right.
So, the topics was so hot that we all took half of our day to discuss it (well..not exactly discuss it..merely throw the crap out of our mind)
Since i am the most senior and according to them i am the most experienced one, yeah rite..so i shared with them some of my past experiences on marriage but comes to think of it, i have failed once and still struggling with the current one, why should they listen to me??haha
Well, everybody makes mistakes...i did and still do. Everybody does right? but the important thing is we learnt from it. As i told my frens, my husband and i never yell to each other, whenever he gets angry i mute...not a single word comes out from my mouth and i wait..and wait..until he cools down..same goes with him..and it works perfectly well. We seldom fight and i wish we'll stay like that forever.
As for me, i can lose my temper just by a click..so easy like i were made of fire..asyik nak meletop!! but iam also the easiest person for anyone to please..iam not demanding in any way (yolahh tu..)and iam also do not like to make things big out of it..as against my hubby, hes always cool, he talks very calmly, he thinks before he speaks(for me...jerit dulu baru pikir..)he is very isolated/individual person but hes also the hardest person to admit if he was wrong, never say sorry unless the court told him to do so..byk lagi lah yg tersangat opposite dengan perangai aku.
But i think things like that makes us bonded and strong together..things that might looks like the leakiness of the relationship is actually the strong points that we always overlook..
Some of us may put their target on when is the right time for them to think seriously about settling down. i did that too...twice in fact..dua2 pun aku langgar.
The thing is, we just do not know when our jodoh will come, some has been a coupled for 10 years and ended up marrying someone else, and some know each other merely a month and spent their life together forever. 2 things are going to be so mysterious forever..they are 'jodoh' and 'maut'
So for those who are still searching..keep searching and always positive about it, if u have not found ur MR Right, means..Allah has a better plan for u.
For those who are getting married, be well prepared physically and mentally cos believe me, its going to be so different from the day where u were only a 'pacar'..
The true color of both of you will be revealed as time goes by..time tu..so many things will pop out in your mind and maybe also from your mouth..sabar je k.
And lastly for those who are being married to your beloved partner (including me), it takes everything to make it works..we fight, we make up, we demand, we compromise, we yell, we smile, we hate, we love,we share, we understand...many things we always do to our partner that it might takes the whole day to write it here..
And for all of us..for able to love and to be loved..we should embrace LOVE..doesn't matter how hard is the relationship can be..we do need it..CiAO

Monday, January 5, 2009

Tahniah Nufad

Aku mengambil kesempatan ni mengucapkan TAHNIAH pada sahabatku Norfadlina (Nufad) atas kenaikan pangkat ke senior auditor 2 di KPMG..bila nak blanja kengkawan makan ni???

Sunday, January 4, 2009

vermicelli

I was all in cooking mood this morning..i woke up early, exercised a bit and then went to buy breakfast and get some of the stuff to cook for lunch..i was delighted to cook as i haven't been cooking for a week i suppose..(malasss). i cooked mee siam kuah which is hubby's fav. Being a housewife, we must show our 'keterroran' once in a while kannn....
But that could only be happen if your dishes are 'edible' laaa....which was not in my case today..i have been cooking this menu many times..believe me, its awesome as people will ask for the recipe. But the vermicelli just wont let me go thru it..damn you rice vermicelli!!when i soaked it , it was just fine but once i throw it into the wok, it transformed itself to 'bubur'..it was like it melted..hancurrr...i was not even add water to it. But the kuah is still nice lah..but the gravy is no good without the bihun kan...alahaiii....
So iam all frustrated as the kids had to make burgers for their lunch, it was only hubby yang rela makan sepinggan habis..tks abang..nak jugak dia makan..even me cannot telan that 'bubur'...
ok lah, iam still in bad mood rite now..oh, btw i baught it at tesco at cheper price..(it was on sale item) i suspected the bihun is no longer good or maybe its already expired( i didnt check the expiry date..my mistake). I hesitate to reveal the brand here as i dont know if its appropriate, but if anyone of wants to know, feel free to ask me..i will tell u in private.CiAO

Kalau kita harus memilih

Aku ada satu cerita, cerita yang jujur daripada aku walaupun isinya nanti mungkin pahit bak hempedu. Hidup aku selama 30 tahun ni memang ada banyak pasang surutnya tapi yang nak aku ceritakan ni berkenaan pengorbanan yang aku sendiri tak tahu sampai sekarang adakah ianya perlu ataupun pengorbanan itu hanya omokan hati aku yang sememangnya ingin lari...
Orang selalu kata kita bebas memilih..kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita.tapi hakikatnya kita terjerat dalam perspektif masyarakat yang tak henti mengadili setiap tindakan dan keputusan kita..kita tak pernah bebas dalam erti kata yang kita selalu ucapkan..
Transisi hidup aku memang banyak peringkat..kalau aku ceritakan dari awal memang aku tak sanggup..bukan kerana panjang sangat sampai tak larat aku nak menaip tapi aku rasa malu hendak menyelak kembali lembaran2 itu yang kalau boleh ingin ku simbah dengan dakwat hitam biar gelap semuanya.
Biarlah aku cerita dari suatu permulaan yang aku rasakan membawa makna terbesar.
Aku pernah bahagia dengan sebuah perhubungan yang pernah kurasakan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Hubungan itu memang punyai potensi besar untuk kekal, kalau tidak takkanlah kusanggup berikrar di depan kadi menyetujui perjanjian kasih kami. Aku tak nak bercerita 'what went wrong' dalam hubungan itu kerana aib itu rahsia. Yang inginku kongsikan ialah pengalamanku memilih di antara 2 simpang yang yang kelihatannya hampir serupa. Cuma pengalaman di antara 2 'journey' itu yang membezakan. Jahatnya aku ketika itu, aku memilih jalan yang baru, jalan yang kurasakan lebih mendamaikan, jalan yang tak punya 'traffic light', yang kurang simpangnya, yang luas binaannya namun jalan itu kosong..bosan. sedangkan jalan yg satu lagi, yang biasa kulalui adalah jalan yang sangat indah hiasannya, hingga kusangka lampu jalan adalah bintang yang bergemerlapan. Namun segala keindahan itu bikin aku alpa hinggakan aku selalu disaman atas kesalahan yg aku lakukan.
Bukan mudah untuk aku memilih..dipenghujung jalan itu ada 2 insan istimewa menunggu..dan antara seorang akan kupatahkan hatinya, akan kumungkirkan janjinya, aku kucabuli kepercayaannya. Tapi itulah yang aku lakukan kerana pada saat itu dan ketika itu aku percaya aku berhak memilih, memilih untuk menjadi yang lebih baik, memilih mengikut naluri rasa dan ilham jiwa yang dikurniakan lewat mimpi selepas memohon kepadaNya. Dan aku memilih untuk meninggalkan segala yang aku ada, segala cinta dan kasih, segala janji dan setia, aku juga memilih untuk dicerca, dinista lantaran perempuan apakah aku yang tega memilih yang lain setelah ikatan disimpul padu untuk sesuatu yang belum pasti..aku bisa hilang segalanya tapi tuhan itu tentu tahu isi hatiku ini, Dia tentu mengerti apa yang aku cari dan Dia akhirnya mengizini permintaanku..alhamdulillah..
Jalan yang bosan itu tidak lagi bosan kerana aku selalu punya teman yang tak jemu mengingatkan aku bahawa jalan ini biarlah bosan dan kaku kerna halanya menuju ke destinasi abadi di mana kegembiraan itu tak pernah hilang, di mana muda itu takkan pudar, di mana hati2 kita semua takkan ada yang kotor dan jijik. Biarlah kita mengharungi jalan yang bosan ini sekarang tapi kita lincir meniti siratulmustaqim..itulah pesan dia yang pernah menungguku dihujung simpang jalan yang bosan...dan andainya hari ini ku harus memilih lagi..biar kala itu aku buta, pekak dan bisu..ya tuhan, janganlah sekali kau buta, pekak dan bisukan hatiku..amin.

Thursday, January 1, 2009

Melayu jangan terus layu....

Bila aku baca dan tengok kisah penderitaan saudara2 kita dipalestin, aku rasa marah, sakit hati dan sedih. Betapa kejamnya puak2 israel laknatullah, terhadap insan2 yg tak berdosa ini terutamanya orang2 tua dan kanak2. Bila tengok kanak2 yg menderita tu rasa nak menitik airmata aku ni. Tapi dalam posisi terhad kita ni apa sangatlah yang dapat kita hulurkan selain doa semoga penderitaan itu berakhir cepat.
Benda yang besar2 macam ni jugak membuatkan aku marah dan geram pada orang2 islam kita yang selalunya bertelagah sesama sendiri berkenaan perkara2 yang remeh temeh sedangkan kita sepatutnya perlu lebih memikirkan isu2 yang besar dan global macam ni.
ok, kita tengokkan..orang sibuk membicarakan tentang isu seperti: patut tak kita buat tahlil untuk orang mati, perlukah menyedekahkan pahala bacaan yassin pada si mati kerana mungkin pahalanya tidak terangkat untuk si mati itu, Berapa rakaat yg betul untuk solat tarawih dan macam2 lagilah yang pada aku remeh sangat. Kenapa kita taknak fikir macamana nak galakkan orang muda mengaji alquran, tarik umat islam semua melakukan solat terawih dan macamana nak memantau isu murtad..aku ni bukan lah pandai sangat agama tapi benda2 macamni buat aku sedih..macamanalah orang islam tak ditindas..
Aku bukanlah nak menuding jari pada sesiapa tapi kita (org melayu terutamanya) terlalu hanyut dengan ketuanan melayu yg diagung2kan sangat tu..betullah hak orang melayu tak perlu dipersoalkan..aku setujulah tu tapi yang sampai orang melayu takut nak bersaing dengan orang lain tu kenapa? kalau lah 100 orang pelajar UiTM yang dapat DL tu belajar sekali dengan orang bukan melayu, dia terus jadi bodoh ke? aku rasa tidak. Fikirlah, sampai bila kita ni nak terus bermanja? dah sampai ditindas macam kaum palestin dan bosnia dulu tu baru nak terngadah ke? aku sekadar meluah pendapat kalau ada yang tak setuju, aku pun tak kisah. Ciao

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Salam to everybody...
Last year has been a great time for me as most of my targets fulfilled. My relationship with ppl around me has gotten stronger. Eventhough my dad is no longer with me to celebrate my so called 'impian menjadi nyata' moments..i still have mom who never gets tired to support all the way until now..terima kasih mak..zura sayang mak.
To hubby who never give up to 'berleter' to make sure i wont get screwed up and for his uncountable loves he has given to me for the past 2 years, i really wanna say..thank you so much abang..i tak sangka akan jumpa lelaki sebaik abang dalam hidup i. I am also sorry if i am not perfect for u, perhaps i could never be one but i am trying...as for you..i could never ask for more..u are my dream guy..i love u.
and for the kids...anty tau it was not easy for all of u and certainly it was not easy for me too. But we went through all together..and here we are as one happy family. Thanks for all your understanding and support. Yang telah pergi takkan kembali lagi..kita semua akan menghadapi..Tapi percayalah, insan yg kita sayangi itu telah berada ditempat yg lebih baik disisiNya.InsyaAllah...
And as for all, i wish Happy New Year and may this 2009 brings lots of happiness to all of us..HAPPY NEW YEAR!!!!