Sunday, February 15, 2009

Mulut orang

Ini entri meluah perasaan...
Bila sebut soal rezeki, ianya kan pemberian tuhan..kalau berusaha macamana pun tapi kalau tuhan tak perkenan, tak dapatlah jugak..kenalah usaha lebih lagi dan bukan dengki pada rezeki orang lain...
Aku bukanlah sedih, tapi bengang dengan sesetengah spesis manusia yang cepat sangat mengadili orang lain tanpa usul periksa..bila kita dapat rezeki lebih mulalah reka cerita yang bukan2..ish tak paham tul aku orang macam ni..
Benda ni start bila aku dah berehem..ehem dengan en suami. Dia tu dulu bos aku. So kalau ko bercinta dengan bos walaupun single sama single orang tetap mengata jugak. Padahal aku tak pernah pun keluar berdua waima sekali pun semasa dia bergelar bos aku. Tapi cerita yang tersebar..fuh..dah macam gosip hollywood dah. Yang sindir2 lah..tapi yang aku takleh lupa ada satu kakak ni yang kepohnya boleh tahan sambil pegang majalah yang covernya Siti Nurhaliza & Dato' K tersenyum2 sambil berkata:

Kak Kepoh: Kenapalah perempuan sekarang ni nak jugak kahwin dengan duda..carilah orag bujang yang sebaya...betul tak Nora??(tanya sambil tersenyum sumbing kat aku)
Aku: No Komen

Kak Kepoh: Dah memang takder lelaki sebaya nak buat laki ker? tak geli ke nak kahwin dengan lelaki pangkat bapak...betul tak Nora??(senyum sumbing lagi)
Aku: Takder kot...

Nasib baiklah lif kat ofis tu laju jer sampai level ofis aku..kalau tinggi 88 tingkat mcm KLCC tu jenuh aku nak jawab soalan cepu emas akak tu.

Aku kahwin dengan lelaki yang tuanya 22 tahun daripada aku..iya..masa aku kenal dia, dia tu CEO so memang ramailah yang tuduh aku ni gila harta sebab tu lah nak kahwin dengan dia..
ok..aku tak pernah target pun siapa yang layak jadi bakal suami..tapi aku memang berdoa hari2 untuk dapat suami yang baik serba serbi dan boleh bimbing aku serta ada security..aku rasa sesiapa pun mesti nak macam tu..bukanlah kaya tapi sekurang2nya taklah cukup2 makan.
Aku berkahwin dengan duda kematian isteri, bukan suami orang atau kekasih orang...aku tak rampas sesiapa dari sesiapa. Suami aku memang umur dah lebih tapi dia awet muda...aku tak rasa pun dia tu 22 tahun beza sama aku..dan dia langsung takder rupa bapak pada aku..dia hensem..lebih hensem dari boyfriend2 aku yang dulu2.
Sampai ada sorang kawan aku yang dulunya tak setuju bila aku nak kahwin dengan dia atas faktor umur, tarik balik statement bila jumpa suami aku..
"beb, baik ko cepat2 kawin dengan dia, kalau ko taknak, aku nak.."haha...aku takleh lupa member aku yang sorang ni..
Tipikal orang kita bila kahwin dengan orang yang berumur sikit mesti ingat kita gila harta...dah rezeki aku dapat suami yang senang sikit..bukannya tahap kaya pun..gaji CEO kat malaysia ni belum boleh jadi kaya lagi setahu aku..separuh aje dah bayar kat IRB..baru2 ni aje kami mula berniaga dan merasa mewah sikit..baru2 ini aje tau..selepas 2 tahun lebih aku kahwin dengan dia. Bila sekarang aku pakai bag LV, ada pulak yang gatal mulut kata aku dah cukur hubby aku tu..
Excuse me...aku bulan2 dapat gaji..kena buat kerja..pi opis..bukannya dok umah goyang2 kaki lepas tu laki aku campak duit..semuanya baru2 ini aje..atas usaha keras kami..
So, jangan ikut sedap mulut makcik2..akak2..nak bercakap.
Udah2 lah bergossip pasal aku sebab kalau aku senang pun, korang takder share pun dan kalau aku susah, korang bukan nak tolong pun..tolong gelak yelah kot.
Itulah sebabnya aku ni memiih sangat dengan siapa aku nakberkawan..sebab banyak yang tak ikhlas dari yang ikhlas. Tu jugalah sebab aku pilih mak untuk meluahkan segala perasaan dan masalah juga berkongsi suka dan duka...i love u mak!!!
Orang2 macam ni selalunya depan kita baik sangat so berhati2lah dengan spesis yang macam ni..biarlah orang kata kita sombong tapi kita tak suka menyibuk hal peribadi orang..kalau betul lainlah jugak..ini spekulasi aje lebih..
oklah geram aku pun dah reda sikit ni..so nak stop sini.ciao

3 comments:

jijah montel said...

ohh dear.. people sometimes can be so cruel kan.. takpe.. diorang just pndi cakap aje.. sbb that is the most they can do.. nih jenis mulut2 jahat.. cuba kena btg hidung sendiri..

ape2 pun.. we shouldnt simply judge others by the appearance saja.. be strong ehhh.. jgn layan org2 mcm nih.. not good for a preggy mom.. as long as u ikhlas.. i believe god will always lighten up ur days..

C a R t i N i said...

eh².. sy rasa, diaorg tu ada sedara la dgn akak² kat opis saya ni.. Mereka sama dan serupa. Kita bahagia pun kena kutuk, kita tak bahagia pun kena kutuk. Tapi yg sebenar²nya.. diaorg tu yang tak bahagia.. hahahaha (gelak jahat)

Sheikh Helmi said...

ada jugak spesis yg khianat x tentu pasal ngan orng,astaghfirullah.xpe2,as long as u can b a gud wife 2 ur hubby,gud mummy 2 ur chldren than it will b more than ok! keep it up.let dat person speaks,while u keep positive in life,amin.....