Monday, June 22, 2009

Umrah part 1

Salam all,
As what i said in the previous entry, i baru aje balik dari mengerjakan ibadah umrah. Actually this is my 2nd time going there, the 1st time was last year in April. Tapi this time special sikit sbb all my SIS and BIL together with their spouses and kids were joining us...meriah sangat!!So it was 28 person altogether and hubby dilantik menjadi tour leader. Tahniah to abang kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik..juga tahniah kepada assistantnya..(i laa tu)

I akan citer detail ttg program umrah yang hubby anjurkan ni...rasa bangga sangat dengan hubby kerana membuat satu pendekatan yang sangat effektif dengan menganjurkan trip ni..semoga Allah menerima semua amalan baiknya..amin..

Ok, program ni dimulakan dengan kelas umrah yang dijalankan oleh hubby sendiri di rumah kami. Kagum tengok hubby yang rajin sangat menelaah buku2 umrah dan segala macam kitab2 untuk dibuat rujukan. Dan yang paling penting i juga mendapat ilmu2 baru sepanjang proses persediaan itu kerana hubby selalu berdiskusi dengan i.
Dua sesi pembelajaran telah di adakan di rumah kami dan alhamdulillah, semua berpuas hati dengan kursus umrah yang dijalankan dan semua pun kata kelas ini lebih effektif dari kursus umrah yang travel agent anjurkan kerana penerangan hubby yang amat2 terperinci dan amat memudahkan bagi first timer (kecuali hubby and i, semua first timer)

So perjalanan kami bermula pada 1 june 2009. Tak seperti pertama kali ke sana, kali ini kami akan ke Jordan dahulu selama satu hari dan harus pula transit di Bangkok...penat memang penat..ditambah lagi sedang berbadan dua kan...5 jam di Bangkok memang menyeksakan..nak makan was-was tahap kehalalan taibaannya. So makanlah sandwich yg memang dah prepare dari rumah. Dengan sejuk aircond..badan dah mula rasa seram sejuk nak demam.

Kami menaiki Royal Jordan untuk ke Amman, Jordan. Flightnya not bad..mungkin better dari MAS. Flight meal pulak, biasalah kan..tak boleh complaint lah..mana nak dapat yang sedap sangat pun, tapi bolehlah...
I dah banyak kali travel long distant macam ni tapi inilah kali pertama i muntah dalam flight. Tak tahulah apa problemnya..bangun2 dari tidur terus rasa semacam, nasib baik sempat capai paper bag..kalau tak tentu haru hubby mandi muntah..tapi alhamdulillah lepas aje muntah, terus lega dan dapat tidur lena sehinggalah ke Amman...memang amannnnn..hehe
Sesampainya di Amman we all dibawa ke Queen Alia Hotel yang berdekatan aje dengan Queen Alia airport. Sampai2 aje terus lunch dan berehat di bilik. Cuaca kat Amman memang panas..tapi Jordan ni menarik juga tempatnya..yalah, kalau tak dapat peluang macam ni entah bilalah nak merasa ke Jordan ye tak? ada ker orang pergi cuti2 kat Jordan??..so that day we all buat tour visit sekitar Amman.
So dapatlah we all melawat Ashabul Kahfi tempat dimana 7 pemuda yang beriman kepada Allah tertidur selama lebih 300 tahun di dalam gua. Juga makan nabi Shuaib..tapi yang paling seronok bila kami semua berkesempatan ke Dead Sea atau Laut Mati..
memang masin sangat2 dan tak akan tenggelam kalau berendam kat situ. Kalau nak diceritakan memang sampai esok pun tak habis..kesimpulannya Jordan tak mengecewakan...
Yang paling i tak boleh lupa bila we all dibawa betul2 ke sempadan palestin..rasa sayu sangat kerana dah dekat sangat..but yet still far away..semoga Allah melindungi saudara2 kita di sana.

Malam itu dalam pukul 8pm we all menuju ke Jeddah, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Airport jeddah dah baru..beza sangat masa i pergi last year..perjalanan masih jauh..sampai aje jeddah kena pulak naik bas selama 7 jam ke madinah..so tiring..

Ok..citer nyer lom abis lagi..to be continued..

No comments: