Tuesday, April 20, 2010

Warkah Untuk Suami

salam.
saya menghantar pesanan ini untuk memohon maaf atas segala kesalahan dan tindak tanduk yang tidak bersesuaian dengan status saya sebagai isteri. Saya sangat berdukacita kerana saya terpaksa tidur berdua sahaja dengan anak saya yang kecil yang memang terlalu kecil untuk dipeluk. Saya perlukan suami saya yang bertubuh sasa yang memang enak dipeluk.
Peristiwa tempohari berlaku dengan tidak saya sengajakan. Kakak urut itu memberitahu saya tempoh urut tidak lebih dari 2 jam. jadi saya menjangkakan akan selesai pada jam 7. Namun apabila selesai saya dapati sudah pukul 7.20 dan saya sangat panik dan ketika itu jugalah abang menelepon saya dan terdengarlah oleh saya suara abang yang sangat garang dan marah..saya sangat sedih kerana saya merasakan saya menjadi mangsa keadaan. Dengan tidak berfikir panjang saya pun dengan egonya tidak mahu melayan abang yang saya rasakan marah secara melulu. Namun saya sememangnya bersalah dan seharusnya saya memohon maaf tidak kiralah siapa yang salah ataupun benar di dalam kes ini kerana syurga isteri adalah pada suaminya. Saya sangat takut jikalau mati tanpa redha abang.
Oleh itu marilah kita berdamai dan berkasih sayang seperti dulu. Sila simpati kepada isterimu yang bersalah ini. Sekian Terima Kasih

*saya masih menunggu balasan dari suami saya*

No comments: