Sejarah 'lovelife' aku mmg byk drama. Actually byk yg aku dah lupakan tapi tadi aku terbaca satu blog sorang celebrity yg agak2 popular jugak yg baru2 ni kena pindah department (dah mcm blog soosip plak aku nie...-org thai sebut gossip as soosip). Kat dlm blog dia, she has been telling ppl about her relationship to another male celebrity yg dulunya manis skrg dah masam.
Bila tgh suka, tunggul pun kite kata cantik, kentut pun bau wangi. Tapi bila dah nyampah..segala benda pun silap..that is normal..tersangat2 lah normalnyer....Bila sesuatu perhubungan itu terputus mulalah kita kata "untung i tak jadi dengan dia, kalau tak.......", " Dia tu takder la baik sgt, skrg baru lah aku sedar" dan bermcm2 lagilah quotes yg akan terkeluar..itu pun normal lah....
Aku ader beberapa relationship yg serius yg sesetengahnya membawa bahagia dan kebanyakannya membawa sengsara. Aku pun pernah lah mcm si celebrity ni yg tak abis2 nak cerita 'bad side' of his Mr. X smpi kadang2 aku ter'exaggerate' kan fakta..hehe..tapi kalau korang tanya aku skrg pasal Mr.Mr. X aku, aku akan citer yg elok2 ajer dan selebihnya no komen.
Dah jadik lumrah manusia akan cakap perkara yg buruk kat benda yg dia tak dapat..We call that type of person as 'sourgrape'..mungkin aku pun pernah jadik camtu bila hubungan yg aku harapkan berkekalan tak menjadi. Mulalah aku nak citer seolah2 aku ni angel yg teraniaya dan si dia tu plak setan yg tak sedar diri..(amboi marahnyer)
Tapi lumrah manusia juga yg selalunya in denial..selalu menafikan cacat diri sendiri yg dia buat2 tak nampak. Perasaan marah tadi sebenarnya lahir dari rasa kasih sayang yg masih tebal kat mamat yg kita panggil setan tu. All the anger and negative energy we throw at them just show that we still not over them..we still have feelings for them dan jugak dendam yg hanya akan membakar diri kita sendiri..
Be matured, tak semua perhubungan akan berjaya. Be positive about it and let it go as u will realised there are many potential candidates out there for us to check out. Lagi byk kita bercakap yg buruk ttg bekas pasangan lagi terkeluar segala ketidakmatangan dan kelemahan kta walaupun tak abis2 kita ckp nak jadik perempuan yg kuat la..apalah..if we have nothing good to say its better to not say anything.
Untuk semua my Mr. X, ada diantara kamu yg singgah sekejap didalam hati saya, tapi ada juga yg dapat bertapak, membenih dan menuai didalamnya, ada perkara2 yg saya dah lupa, tapi ada juga perkara yg tak mungkin hilang diingatan. Ada yg sekadar bercinta namun ada juga yg sudah melayari hidup bersama. Ada yg masih boleh berkawan dan ada yg telah pergi meninggalkan. Sekiranya mungkin, maafkanlah segala silap saya kerana saya juga telah lama memaafkan kalian. Tiada lagi cerita2 hapak yg nak diceritakan kerana semuanya telah saya ambil sebagai dugaan tuhan dan saya redha atasnya. Tiada lagi dendam yg hanya membuat hati saya bengkak dan fikiran saya bercelaru. Mungkin kita menjadi insan yg lebih baik jika bersama dengan orang lain..ini tak bermakna salah satu daripada kita kurang baik..mungkin combination nya yg tak kena.
Buat celebrity yg cantik itu, aku doakan dia cepat2 dapat melupakan babak2 sedihnya and refuse to be a sourgrape...ciao
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago

2 comments:
let me guess..linda onn?
haha...
leh jd kontroversi nih...
Post a Comment