Thursday, December 25, 2008

Pertandingan ini

Hati ini tak mengerti
Bila burung terbang adakah kembali lagi
Walau kau tahu dia telah meninggalkan
Yang tinggal hanyalah dua nisan
Hatimu tak termiliki
Walau kau tahu hatiku disini
Takkan kemana lagi
Kau begitu dekat
Namun terlalu jauh untukku paut
Dia tak terpandang dek matamu
Namun kutahu dia sebati dalam jiwamu
Perit dan pedih
Duka dan sedih
Itulah perasaanku
Pertandingan ini tiada keadilan
Kerana Khilaf takkan pernah dia lakukan
Dan aku tak berupaya menjadi sempurna
Kerna aku datangnya hanyalah kemudian...

No comments: