Entri ni bukanlah tujuannya nak membangkitkan rasa sedih..apatah lagi pada hari lahir aku sendiri kan..
Tapi entah kenapa aku terpanggil untuk membicarakan hal ini..bila aku teringatkan arwah abah , mak di kampung, terpandangkan wajah hubby...tesuntik satu perasaan sayup yang susah untuk aku gambarkan.
Aku percaya setiap dari kita pasti pernah merasai 'kehilangan'. Ada yang hilang harta, hilang pekerjaan, hilang kepercayaan, pendek kata 'kehilangan' bisa terjadi dalam apa jua bentuk.
Ini cerita 'kehilangan' aku...kuungkapkan sedikit aja, kerna cerita ini bukan milik totalku seorang..
- Aku kehilangan mak, bila mak sibuk bekerja dan dapat bertentang mata entah berapa jam ketika ku kecil dulu.
- Aku kehilangan abah bila abah tidak ikut serta mengiringiku ke tangga asrama dimana buat pertama kalinya aku akan berjauhan sama keluarga.
- Aku kehilangan selera tanpa masakan mak bila aku mula mandiri di tanah KL.
- Aku kehilangan suami bila dia berkata hubungan ini satu kesilapan
- Aku kehilangan rasa cinta, kasih dan percaya pada si dia yang ketika itu menyesal atas apa jua khilaf yang terjadi..dan kehilangan itu tak pernah kembali.
- Aku kehilangan ikatan murni yang pernah dipatri didepan kadi dan ironinya untuk pertama kali aku suka pada kehilangan.
Namun segala kehilangan itu tak membuatku kesal..tiada satu yang membuatku kesal...
Sehinggalah aku kehilangan abah di tengahari jumaat 30 November 07 dimana perkara itu adalah yang terakhir aku fikirkan ketika itu. Tidak terlintas dibenakku abah akan pergi bila ucapan terakhirnya padaku adalah lawak jenaka..kusangka abah akan pulang kerumah setelah dikatakan keluar dari zon darurat. Kusangka abah akan hidup lama untuk melihat kebahgiaan yang kukecap kini. Dan kerana sangkaanku yang begitu membuatkanku lekauntukngucapkan "selamat tinggal abah", tak terlintas untuk kukucup dahi abah minta keampunan darinya kerana selama adanya abah aku amat jarang bermesra dengannya..ya, aku bukan anak manja abah. Setiap kali ku dail panggilan ke kampung, yang kutanyakan adalah mak, walaupun bila abah yang dihujung talian. Andai aku bisa berbicara buat terakhir kalinya sama abah, akan kuberitahu dia yang aku amat2 sayangkan abah, aku menyesal tidak berbicara lama2 sama abah ditelefon, aku nyesal tidak selalu luang masa untuk abah. Aku tau kini abah, walau abah tak pernah bersuara, aku tau abah juga sayangkanku...Aku rindu sama abah.
Kehilangan abah buat aku tersedar akan erti kehilangan yang sebenar. Kehilangan yang tak akan berganti walau dengan apa pun.
Sering kuperhati wajah insan2 kesayanganku...
Andainya pandangan itu adalah yang terakhir...and if we dont get to say GOODBYE.
Al Fatihah untuk abah..
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago

No comments:
Post a Comment