Kita semua tentu tau akan gelora antara 'good and evil' di tebing barat sana. Kalau masih ada yang belum terdengar akan berita ini, aku tak pasti dimana kalian berada sedang kuasa pemancar berita tak pernah terlimitasi..
Aku sedih, kerana selain doa, tiada apa yang mampu kuperlaku. Sedangkan kita di sini..masih merasakan yang penting itu adalah material dan yang wajib dijaga itu hanyalah persendirian. Siapa yang benar2 kita rasakan saudara? tanyakan pada diri..ya aku juga bertanya soalan yang sama..dan aku tahu takat mana talian persaudaraan yang aku daftarkan untuk aku bangkit membela atasnya..terlalu kecil lingkungan itu.
Aku solat 5 kali sehari, bukan ku menyombong..alhamdulillah aku tak pernah gagal solat selain sebab yg tidak membenarkan..namun tidak pernah sekali pun dalam solatku, yang aku tidak mengingati duniawi..tidak pernah sekali pun ku menyerahkan jiwaku selayak mana ucapanku. Tapi bila difikirkan..bagaimana pula dosaku yang kiranya mencadi cair akan tenggelamlah bumi, kiranya menjadi awan, takkan tembus sinar mentari akannya..banyaknya dosaku ya Allah..itu baru yang kusedarkan..namun masih jua kumelalaikan solat taubat selayaknya orang berdosa..Astaghfirullahalazim....
Namun masih tuhan itu berikan nikmat tak terucap..masih jua tuhan menyayangi meski kita selalu mengingkari. Sedangkan yang dipalestin itu mahu menyambut "birthday' juga tidak terfikirkan apatah lagi mahu berseronok parti tahun baru yang penuh dengan arak dan perempuan..mengapa mereka yang diduga? rahsia Allah itulah mungkin...
Terfikirkah kita, mengapa kita terlepas dugaan sedasyat itu sedangkan iman kita nipisnya lebih dari bawang dan tebalnya dosa bagai kerak bumi tapi masih dimanja2 tuhan..terfikirkah kita inilah dugaan tuhan yang besar kepada kita..ingin menapis yang mana beriman dan mana pula yang kufur nikmatNya..Subhanallah...
Ingin sekali ku menjadi insan yang tidak terhijab melihat kekuasaanmu lantas tidak akan merasa ragu atas takdirmu dan selalu merasa Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..Ya Allah
Semoga Allah tidak meninggalkan kita..walau kitalah hambaNya yang sering alpa dan keciciran. Semoga Allah memancarkan hidayahNya kepada kita.
Ya Allah, selamatkan saudara2 kami di Gaza sana. Terimalah Syahid mereka yang terkorban atas nama agama...Amin
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago

No comments:
Post a Comment