Dalam pada kita meraikan berita gembira dan kebahgiaan yang mengasyikkan, ada juga hati yang perlu kita jaga supaya gembira kita itu tak menjadi bahan untuk mereka berduka. Bila aku mendapat berita gembira tempohari, aku terfikir juga hati2 dirumah yang ku tak dapat membayangkan bagaimana reaksi mereka terhadap berita ini..banyak kemungkinan boleh berlaku.
Mungkin mereka terperanjat lantas sudah lama tak pernah menerima orang baru..ntahlah..aku cuba memahami..sebagaimana aku memahami mereka diawal2 kehadiranku. Semoga suatu hari mereka mengerti tiada apa yang akan berubah..kasih papa takkan pernah surut walau bilangan keluarga kita makin bertambah kerana papamu itu manusia yang adil, kan kalian semua tahu, papa selalu jadi hero kita semua..judgement papa jarang tersasar..priority papa tentu sekali pada anak2nya..usahlah khuatir.
"Ya Allah, kau rahmatilah keluargaku dengan segala limpah rahmatmu, jadikanlah kami kuat menempuhi segala dugaanMu, Amin"
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago

No comments:
Post a Comment