Sunday, January 4, 2009

Kalau kita harus memilih

Aku ada satu cerita, cerita yang jujur daripada aku walaupun isinya nanti mungkin pahit bak hempedu. Hidup aku selama 30 tahun ni memang ada banyak pasang surutnya tapi yang nak aku ceritakan ni berkenaan pengorbanan yang aku sendiri tak tahu sampai sekarang adakah ianya perlu ataupun pengorbanan itu hanya omokan hati aku yang sememangnya ingin lari...
Orang selalu kata kita bebas memilih..kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita.tapi hakikatnya kita terjerat dalam perspektif masyarakat yang tak henti mengadili setiap tindakan dan keputusan kita..kita tak pernah bebas dalam erti kata yang kita selalu ucapkan..
Transisi hidup aku memang banyak peringkat..kalau aku ceritakan dari awal memang aku tak sanggup..bukan kerana panjang sangat sampai tak larat aku nak menaip tapi aku rasa malu hendak menyelak kembali lembaran2 itu yang kalau boleh ingin ku simbah dengan dakwat hitam biar gelap semuanya.
Biarlah aku cerita dari suatu permulaan yang aku rasakan membawa makna terbesar.
Aku pernah bahagia dengan sebuah perhubungan yang pernah kurasakan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Hubungan itu memang punyai potensi besar untuk kekal, kalau tidak takkanlah kusanggup berikrar di depan kadi menyetujui perjanjian kasih kami. Aku tak nak bercerita 'what went wrong' dalam hubungan itu kerana aib itu rahsia. Yang inginku kongsikan ialah pengalamanku memilih di antara 2 simpang yang yang kelihatannya hampir serupa. Cuma pengalaman di antara 2 'journey' itu yang membezakan. Jahatnya aku ketika itu, aku memilih jalan yang baru, jalan yang kurasakan lebih mendamaikan, jalan yang tak punya 'traffic light', yang kurang simpangnya, yang luas binaannya namun jalan itu kosong..bosan. sedangkan jalan yg satu lagi, yang biasa kulalui adalah jalan yang sangat indah hiasannya, hingga kusangka lampu jalan adalah bintang yang bergemerlapan. Namun segala keindahan itu bikin aku alpa hinggakan aku selalu disaman atas kesalahan yg aku lakukan.
Bukan mudah untuk aku memilih..dipenghujung jalan itu ada 2 insan istimewa menunggu..dan antara seorang akan kupatahkan hatinya, akan kumungkirkan janjinya, aku kucabuli kepercayaannya. Tapi itulah yang aku lakukan kerana pada saat itu dan ketika itu aku percaya aku berhak memilih, memilih untuk menjadi yang lebih baik, memilih mengikut naluri rasa dan ilham jiwa yang dikurniakan lewat mimpi selepas memohon kepadaNya. Dan aku memilih untuk meninggalkan segala yang aku ada, segala cinta dan kasih, segala janji dan setia, aku juga memilih untuk dicerca, dinista lantaran perempuan apakah aku yang tega memilih yang lain setelah ikatan disimpul padu untuk sesuatu yang belum pasti..aku bisa hilang segalanya tapi tuhan itu tentu tahu isi hatiku ini, Dia tentu mengerti apa yang aku cari dan Dia akhirnya mengizini permintaanku..alhamdulillah..
Jalan yang bosan itu tidak lagi bosan kerana aku selalu punya teman yang tak jemu mengingatkan aku bahawa jalan ini biarlah bosan dan kaku kerna halanya menuju ke destinasi abadi di mana kegembiraan itu tak pernah hilang, di mana muda itu takkan pudar, di mana hati2 kita semua takkan ada yang kotor dan jijik. Biarlah kita mengharungi jalan yang bosan ini sekarang tapi kita lincir meniti siratulmustaqim..itulah pesan dia yang pernah menungguku dihujung simpang jalan yang bosan...dan andainya hari ini ku harus memilih lagi..biar kala itu aku buta, pekak dan bisu..ya tuhan, janganlah sekali kau buta, pekak dan bisukan hatiku..amin.

3 comments:

Anonymous said...

aik? 5hb punya posting xde ke? i read ur blog almost everyday day u know?! :)

Anonymous said...

btw, since u r crasy bout bags, i want to recommend this forum to u..dunno whether u've heard it b4 or not.
http://forum.purseblog.com/

aku slalu layan forum ni pastu berangan..ekekeke...

catatansulit said...

tks cik ida...
ko create lah blog gak..leh aku tau 'perkembangan ko' hehe