Hakikinya aku belum ada anak. Aku tak tahu bagaimana rasa mengandung, melahirkan serta membesarkan anak.
Hakikinya juga aku punya anak, anak kandung suamiku yang selayaknya aku anggap sebagai anak sendiri..seikhlasnya..jangan ada diskriminasi.
Seawal perhubungan kami, aku sedar ianya bukan mudah untuk mereka menganggap dan memandang aku sebagai ibu, jadi aku tidak menggantung harapan yang tinggi..cukuplah kiranya aku bisa jadi sahabat mereka dan cukuplah andai mereka bisa menerima kehadiranku dalam hidup mereka..alhamdulillah..Allah maha mendengar permintaan hambaNya.
Untuk menggantikan tempat seorang ibu, itu aku tak mampu..aku tak layak untuk itu..tempat itu tidak seharusnya berganti..ia akan kekal sebegitu di hati mereka.
Jesteru itu, aku sentiasa tahu dan sedar diri tentang had kapasiti diriku bila sampai ke perkara2 seperti tegur - menegur, nasihat - menasihati, apa jualah perkara2 yang ibu selalu buat pada anaknya. Aku selalu berhati - hati supaya aku tidak melebihi dari hak ku.
Seingatku selama yang kami bersama menjadi satu keluarga ini aku tidak pernah marah dengan frequency extra tinggi, nadaku secara natural mmg tinggi (aku dulu qariah di kampung, suaraku memang semulajadi lantang)tapi tidak pernah dengan rasa kecewa dan sedih seorang ibu terhadap anaknya..aku belum bisa rasa semacam itu..
Namun malam kelmarin bila ku memarahi anak yang kecil sekali atas perkara2 study, untuk pertama kalinya aku rasa marah teramat dan kecewa teramat sehingga menitis airmataku dan terbawa bawa perasaanku..untuk pertama kalinya aku rasa yang aku marah itu adalah darah dagingku dan aku berhak untuk marah atas tanggungjawab seorang ibu untuk membetulkan..mungkin dia juga terkejut..aku tak pernah begitu sama dia. Aku selalu cuma jadi kawan.
Aku selalu jadi marah pada filem dan drama2 melayu yang kerapkali menonjolkan imej ibu tiri itu sebagai kejam, busuk hati, tamak dan sebagainya..sinis masyarakat memang tak dapat aku elakkan..contohnya, bila aku ketemu sesiapa yang tahu statusku yang beranak tiri, mereka kata
" Jangan beza2kan diorang, anak tiri ke, anak kandung ke sama aje"
dan orang yang bercakap itu tak pernah tahu bagaimana rasa punya anak tiri...
samalah juga bila makcik - makcik kepoh datang ke anak2 ku dan berpesan
" Panggil lah anty tu mak, kan dia dah jadi mak awak"
orang itu pun tak pernah ada mak tiri...
Aku tak pernah berkecil hati bila mereka tak betah memanggilku 'mak' atau 'mama' atau apa ajalah yang semakna dengannya..kerana aku tahu ia tak mudah untuk mereka. Jadi aku menerima keadaan seadanya dan melayan mereka secara natural bukan dibuat2..kiranya aku marah, bukan erti aku benci. Tiada istilah memilih kasih atau berebut kasih..kerana bagiku kami sama sama berkongsi kasih, sama sama berusaha menerima, bertolak ansur atas sesuatu yang pastinya takkan sama seperti dulu..
kasihnya ibu membawa ke syurga
kasihnya ayahanda berkorban nyawa
Untuk anak2...2 jenis kasih sayang di atas adalah hak mutlak kalian yang takkan pernah sesiapa merampasnya..
BRAND NEW Marc by Marc Jacobs Leather Hobo
9 years ago

No comments:
Post a Comment