Thursday, January 1, 2009

Melayu jangan terus layu....

Bila aku baca dan tengok kisah penderitaan saudara2 kita dipalestin, aku rasa marah, sakit hati dan sedih. Betapa kejamnya puak2 israel laknatullah, terhadap insan2 yg tak berdosa ini terutamanya orang2 tua dan kanak2. Bila tengok kanak2 yg menderita tu rasa nak menitik airmata aku ni. Tapi dalam posisi terhad kita ni apa sangatlah yang dapat kita hulurkan selain doa semoga penderitaan itu berakhir cepat.
Benda yang besar2 macam ni jugak membuatkan aku marah dan geram pada orang2 islam kita yang selalunya bertelagah sesama sendiri berkenaan perkara2 yang remeh temeh sedangkan kita sepatutnya perlu lebih memikirkan isu2 yang besar dan global macam ni.
ok, kita tengokkan..orang sibuk membicarakan tentang isu seperti: patut tak kita buat tahlil untuk orang mati, perlukah menyedekahkan pahala bacaan yassin pada si mati kerana mungkin pahalanya tidak terangkat untuk si mati itu, Berapa rakaat yg betul untuk solat tarawih dan macam2 lagilah yang pada aku remeh sangat. Kenapa kita taknak fikir macamana nak galakkan orang muda mengaji alquran, tarik umat islam semua melakukan solat terawih dan macamana nak memantau isu murtad..aku ni bukan lah pandai sangat agama tapi benda2 macamni buat aku sedih..macamanalah orang islam tak ditindas..
Aku bukanlah nak menuding jari pada sesiapa tapi kita (org melayu terutamanya) terlalu hanyut dengan ketuanan melayu yg diagung2kan sangat tu..betullah hak orang melayu tak perlu dipersoalkan..aku setujulah tu tapi yang sampai orang melayu takut nak bersaing dengan orang lain tu kenapa? kalau lah 100 orang pelajar UiTM yang dapat DL tu belajar sekali dengan orang bukan melayu, dia terus jadi bodoh ke? aku rasa tidak. Fikirlah, sampai bila kita ni nak terus bermanja? dah sampai ditindas macam kaum palestin dan bosnia dulu tu baru nak terngadah ke? aku sekadar meluah pendapat kalau ada yang tak setuju, aku pun tak kisah. Ciao

No comments: